Siakap Keli

(Video) “Struggle Untuk Pelajar,” Gadis Kongsi Kegigihan Ayahnya Ajar Kelas “Online”, Usaha Tulis Formula Atas Jubin Demi Nak Bagi Anak Muridnya Faham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika negara pada ketika ini sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, para pendidik dan tenaga pengajar juga sedang berhempas pulas memberikan pembelajaran yang terbaik kepada semua pelajar dalam keadaan norma baharu.

Dengan penggunaan teknologi telefon pintar dan komputer sepenuhnya, proses pembelajaran tersebut boleh dijalankan dengan lancar.

Pun begitu, ia tetap tidak sama seperti belajar bersemuka ketika di sekolah atau universiti. Guru-guru perlu lebih kreatif apabila mengajar menerusi alam maya ini bagi menarik minat para pelajar, tetapi ia pastinya bukan satu perkara yang mudah.

Menerusi satu video di TikTok, @ainaaabdn7  berkongsi kepada warganet mengenai struggle yang dihadapi oleh bapanya ketika mengajar di rumah.

Guru tingkatan enam yang mengajar subjek Ekonomi di sebuah sekolah di Sandakan itu dilihat  sedang berusaha menerangkan formula pengiraan kepada pelajarnya dengan menulis di atas jubin ruang tamu.

Setiap formula tersebut ditunjukkan kepada pelajar menerusi telefon pintarnya.

@ainaabdn7

struggle untuk student supaya lebih memahami. goodluck all students. #xybca #fyp

♬ Beggin’ – Måneskin

Ramai yang tertanya-tanya mengapa bapanya tidak menggunakan white board. Jelas Aina menerusi ruangan komen, bapanya lebih selesa menggunakan jubin tersebut kerana ia mungkin memudahkan pelajar untuk melihat setiap perincian formula tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai kagum melihat kesungguhan bapanya itu dalam mendidik anak bangsa dalam tempoh yang sukar ini.

“Sangat-sangat respect”

“Harap muridnya pun struggle macam cikgu”

“Pengorbanan insan yang bernama guru”

“Cikgu yang hebat menghasilkan anak murid yang hebat”

Sumber: ainaabdn7

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.