Menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), setiap pelajar pastinya perlu mempunyai peranti yang sesuai seperti telefon dan laptop.
Pun begitu, tidak semua pelajar bernasib baik dan mampu untuk membeli peranti tersebut.
Sama seperti yang dihadapi oleh adik Muhammad Shafie ini yang menghadapi kesukaran untuk menjalani PdPR kerana tidak mempunyai peranti yang sesuai.
Tetapi, dia bernasib baik apabila mendapat telefon pintar dari pihak Xiaomi Malaysia pada hari ini. Menerusi perkongsian ibunya, Suryani Abd Ghani, adik Shafie telah mendapat peranti Redmi Note 10 5G.

Terharu dengan bantuan tersebut, Suryani berterima kasih kepada Xiaomi Malaysia kerana prihatin terhadap nasib anaknya.
Menurut Suryani, pihak Xiaomi Malaysia berbesar hati menghulurkan bantuan itu untuk memudahkan pembelajaran PdPR anaknya.

“Saya amat terharu dengan keprihatinan pihak Xiaomi Malaysia, terima kasih,” katanya.
Sebelum itu, Suryani menerusi Facebook miliknya beberapa hari yang lalu ada berkongsikan mengenai telefon pintar yang dimiliki oleh anaknya sebelum ini meletup secara tiba-tiba.
Sumber: Suryani Abd Ghani