Siakap Keli

Puluhan Kura-Kura Dan Ikan Lumba-Lumba Mati Akibat Haba Dan Bahan Kimia Dari Kapal Terbakar

SRI LANKA- Dilaporkan kura-kura dan ikan lumba-lumba mati akibat haba dan keracunan bahan kimia dari kapal kontena yang terbakar dua minggu lalu.

Sebahagian Kapal Singapura MV X-Press Pearl telah tenggelam di pantai Sri Lanka awak Jun. Disebabkan itu, bahan kimia banyak terjatuh ke dalam pantai-pantai setempat.

Menurut Kompas.com, 48 kura-kura mati dan lapan ikan lumba-lumba serta beberapa ikan kecil terdampar dipersisiran pantai barat dan selatan Sri Lanka.

“Melihat gambar kura-kura dan ikan lumba-lumba yang mati amat menyedihkan bagi kami,” kata Setiasausaha Kementerian Lingkungan Hidup, Anil Jasinghe kepada wartawan di Colombo, yang dikutip AFP.

“Bangkai haiwan yang terdampar menunjukkan kesan luka terbakar yang jelas akibat kebaran dari kapal itu,” katanya.

Selain itu, sisasatn telah dibuat untuk mengetahui punca kematian bangkai-bangkai tersebut.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah