Siakap Keli
Gambar: khaby.lame

(Video) “Bagus Cristiano, Kamu Belajar Dengan Cepat Pergerakan Saya,” – Khaby Lame

Perlawanan melibatkan pasukan Portugal menentang Germany dalam kancah UEFA Euro 2020 semalam telah berpihak kepada pasukan Germany dengan jaring 4-2.

Walau bagaimanapun, antara yang menarik perhatian dalam perlawanan itu adalah ‘skill’ yang ditunjukkan oleh bintang sensasi Cristiano Ronaldo dalam satu gerakan membuat hantaran kepada pemain sepasukannya.

Rakaman tersebut juga telah dikongsikan oleh bintang sensasi aplikasi Tiktok iaitu Khaby Lame di akaunnya. Perkara ini adalah kerana dikatakan gaya ketika Cristiano Ronaldo membuat ‘skill’ tersebut seakan sama gaya yang dilakukan oleh Khaby di dalam setiap videonya.

Gaya yang dimaksudkan adalah dengan menghulurkan tangan seperti mengatakan ianya hanyalah sesuatu perkara yang mudah.

Khaby melalui perkongsian video tersebut telah menulis kapsyen,

“Bagus @cristiano, kamu belajar dengan cepat pergerakan saya,”.

@khaby.lame

Good @cristiano! You ve learned quickly my move🤲🏾😂!Bravo @cristiano!! Hai imparato velocemente la mia mossa🤲🏾😂#learnfromkhaby #learnwithtiktok

♬ suono originale – Khabane lame

Perkongsian itu telah menjadi menarik perhatian ramai dalam kalangan warganet. Namun, ada juga yang mengatakan bintang bola sepak itu sudahpun membuat gaya tersebut dalam perlawanan-perlawanan terdahulu.

Walau bagaimanapun, video yang sehingga kini mencatatkan 37.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian ramai orang.

Sumber: Khaby.lame

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa