Siakap Keli

Perap 4 Jam & Bakar Guna Arang, Akak Ni Kongsi Resipi Ayam Bakar Thai, ‘Confirm’ Kecur Air Liur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa je yang tak suka makan ayam? Di Malaysia ni bermacam-macam jenis aneka masakan ayam kita boleh makan. Ayam bakar, ayam panggang, nasi ayam, ayam penyet, ayam gepuk, ayam sambal gesek dan banyak lagi.

Sebut tentang ayam bakar, ada satu lagi menu yang mungkin ramai belum ‘try’. Pernah dengar ‘Daging Bakar Danok’? Resipinya yang cukup sedap tu dah tentu berasal dari Danok, Thailand kan?

Tapi kali ni, apa kata kita cuba pula gai yang atau dalam Bahasa Melayunya, Ayam Bakar Thai. Jom ikuti perkongsian oleh Princess Naznin dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN) kat bawah ni.

Resipi ‘gai yang’ atau Ayam Bakar Thai

Gambar: Princess Naznin

Mak buat ayam bakar petang ni. Resipi gai yang atau ayam bakar Thai.

Bahan-bahan:-

  • 6 tbsp kicap cair
  • 5 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp kicap manis pekat
  • 1 tbsp serbuk perasa ayam (kiub ayam pun ok)
  • 100 g gula melaka warna soft (thai palm sugar)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 tbsp sos ikan
  • 1 tbsp lada hitam
  • 1 tbsp lada putih
  • 15 ulas bawang putih
  • 5 batang akar ketumbar (kalau takde guna batang ketumbar) wajib letak ye kalau nak ala ‘Thai’

Cara buat:-

  • Tumbuk bahan kasar dan gaulkan dengan susu cair
  • Masukkan sos ikan, sos tiram, kicap cair, kicap manis pekat, sos ikan & serbuk perasa ayam
  • Perapkan ayam selama 4 jam atau semalaman lagi sedap
  • Then bakar dengan arang ye..bukan dengan oven

Masak tomyam campur ‘ori’ kuah pekat di USA

Mungkin ramai belum tahu, Princess Naznin merupakan seorang anak Malaysia yang menetap di Indiana, USA. Sepanjang berkelana di sana, dia sering berkongsi pengalaman rutin hariannya melalui siaran Youtubenya, NAZ Lifestyle.

Alang-alang kita pun baca tentang resipi Ayam Bakar Thai, apa kata kita layan juga video menu masakan tomyam campur ‘asli’ kuah pekat yang dimasaknya. Jom tonton video di bawah ini.

Sumber: Princess Naznin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.