Siakap Keli
Foto: Google

“Dalam 100g Isi Durian Ada 17g Gula..,” Berpada-pada Makan Durian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kali musim durian datang, mesti ramai ‘hantu durian’ yang tidak keruan melihat penjual melonggok durian ditepi jalan dengan menawarkan harga yang murah. Boleh dikatakan, setiap jenis durian nak beli dan rasa.

Tidak dinafikan, buah durian ini memang sedap di makan dan patutlah ia digelarkan ‘raja buah’.

Namun, disebalik keenakan buah durian ini, korang harustahu sedikit sebanyak mengenainya. Oleh itu, SK ingin kongsikan pandangan daripada Dr Che Puteh Osman tentang keunikan dan kandungan zat di dalam buah ini.

Tanpa berlengah lagi, mari kita baca satu persatu apa yang beliau kongsikan di bawah.

Durian tinggi potassium dan gula. Dalam 100 g isi durian ada 17g gula dan 400-600mg potassium. Pesakit yang perlu mengehadkan pengambilan potassium perlu elak ambil durian banyak-banyak. Jantung boleh berhenti. Tak ada kena mengena dengan vaksin.

Kenapa durian berbau unik?

Ada dua jenis sebatian kimia yang memberikan bau durian yang unik, iaitu sebatian yang mengandungi sulfur dan ester. Sebatian kimia bersulfur memberikan bau kuat seakan bawang putih, kobis bakar, telur busuk dan bersulfur.

Ester memberikan bau buah manis seperti oak, walnut, dan pelbagai gambaran aroma lainnya.

Pada yang tidak biasa dengan bau durian, ramai akan tersalah sangka ia bau gas berbahaya seperti hidrogen disulfida. Biasa kita dengar bangunan dikosongkan di luar negara kerana mereka sangka ada gas berbahaya yang bocor.

Nikmatilah durian dan berpadalah….

Durian memang tinggi kalori. Jadi tidak hairanlah kita rasa panas selepas makan durian. Badan kita sedang memproses gula dan lemak yang kita nikmati. Nikmatilah durian dan berpadalah.

Sumber: Dr Che Puteh Osman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang