Tak lapuk ditelan zaman, senibina rumah kampung sememangnya mempunyai nilai warisan yang tersendiri. Walaupun arus pemodenan menerpa, ia masih lagi dikekalkan dan tidak diubah.
Pembinaan rumah berkonsepkan kampung juga sebenarnya masih lagi diteruskan tetapi dengan reka bentuk yang lebih moden.
Sesuai dengan hasilnya yang nampak mewah dan cantik, kos untuk membina rumah kampung moden sememangnya agak tinggi.
Pun begitu, sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk ada mempunyai ‘rumah kampung’ sendiri iaitu dengan melukis dan mengecat pada dinding rumah.
Sama seperti yang dilakukan oleh Zameer Pentbrush ini yang mengubahsuai dinding luar di rumahnya menjadi dinding kayu.


Nampak seperti kayu sebenar, Zameer mengatakan bahawa dia hanya menggunakan cat putih, cat hitam, cat coklat dan turpetine yang hanya berharga RM85 untuk menghasilkan ‘rumah kampung’ itu.
Mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan, kemahirannya dalam melukis menjadi salah satu faktor utama yang menampakkan dinding rumahnya itu seperti dinding kayu.


Menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik olehnya di Facebook, dinding itu dilukis dan dicat dengan sangat teliti. Sekali pandang pasti orang akan fikir itu adalah rumah kayu sebenar.
Hasil dekorasi dinding itu juga mendapat perhatian warganet, rata-rata dari mereka memuji hasil tangan Zameer.
Sumber: Zameer Pentbrush