Siakap Keli
Gambar Via Mohd Farid

Pernah Bermusafir Ke Thailand 14 Hari & Sejauh 5000km, Abang Ini Kongsi Koleksi Nissan Caravan Klasik Yang Jadi ‘Rumah Bergerak’ Untuknya Sekeluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk meluangkan waktu bersama keluarga tersayang. Ia menjadi saat yang paling bermakna dan akan melakar memori indah yang akan diingati suatu hari nanti.

Bagi Mohd Farid sekeluarga, melakukan pengembaraan dengan menaiki caravan merupakan detik bahagia dan bermakna yang dilalui oleh mereka.

Berkongsikan mengenai caravan miliknya di group Facebook Kereta Sebelum Tahun 2000, Mohd Farid mengatakan bahawa Nissan Caravan E23 1982 itu merupakan kenderaan yang paling banyak berjasa buatnya kerana menjadi ‘rumah bergerak’ buatnya sekeluarga.

Gambar Via Mohd Farid

Menurutnya, mereka sekeluarga pernah bermusafir selama 14 hari ke Thailand pada Disember 2019. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Nissan Caravan E23 1982, merupakan antara kenderaan yang dalam koleksi peribadiku paling banyak berjasa. Berkhidmat sebagai rumah bergerak kepada kami dan pada Disember 2019 kami sekeluarga pernah bermusafir makan dan tido dalam van selama 14 hari sejauh 5000km dari sempadan Malaysia ke separuh tanah siam antaranya Prachup Khiri Khan, Kanchana Buri, Tak, Mae Sot, Mae Sariang, Mae Hon Son, Pai, Mae Sai, Golden Triangle, Chiang Rai, Chiang Mai, Lampang, Sukhothai, Khao Kho, Pattaya, Bangkok, Ratchaburi, Surat Thani, Nakhon Si Thamarat, Songkhla dan seterusnya kembali ke sempadan.

Gambar Via Mohd Farid
Gambar Via Mohd Farid

Enjin tua yang berkuasa petrol 2.0 tak pernah lagi buat perangai yang bukan-bukan sepanjang perjalanan. Anak-anak ni besaq dalam van ja. Tak sabar rasanya hati nak mengembara lagi. Tapi Kini PKP duniaku terkunci lagi.

Hampir berusia 40 tahun

Dihubungi SK, Mohd Farid mengatakan bahawa tujuan mereka ‘bercamper’ adalah untuk cut kos seminima mungkin tetapi mendapat pengalaman yang optimum.

Menurutnya, van Nissan miliknya itu sudah hampir berusia 40 tahun dan value market adalah sekitar RM6000 ke bawah sahaja.

Gambar Via Mohd Farid

“Kos-kos penyelengaraan adalah rendah kerana sistem van lama banyak menggunakan mekanikal dan alat ganti jauh lebih murah berbanding kenderaan moden yang lain,” katanya.

Jelasnya lagi, alat ganti tersebut boleh didapati dengan mudah iaitu di mana-mana kedai sparepart dan sesetengah alat ganti lori juga boleh dikacukkan.

Gambar Via Mohd Farid

Keluarkan kos untuk bahan api sahaja

Ditanya mengenai kos pengembaraan tersebut, Mohd Farid mengatakan bahawa dia hanya mengeluarkan duit untuk membayar bahan api kenderaan sahaja.

Untuk makan, mereka akan makan sama seperti apabila mereka berada di rumah kerana bahan-bahan mentah yang digunakan hanya diambil dari peti sejuk di rumah.

Gambar Via Mohd Farid
Gambar Via Mohd Farid

Tambahnya, adalah penting untuk melakukan ‘homework’ terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

“Kira kos bahan bakar, pemeriksaan kenderaan supaya dalam keadaan optimum, beli bahan mentah, berapa lama trip dijangka diambil, routeroute mana yang nak pakai dan tempat mana yang selamat untuk berhenti, berehat, atau bermalam. Sekurang-kurangnya persiapan 10 bulan untuk long journey trip,” katanya.

Diharapkan perkongsian ini boleh menjadi inspirasi buat setiap keluarga untuk meluangkan waktu bersama-sama. Juga, semoga pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini cepat-cepat terhapus agar kita semua boleh melakukan pengembaraan yang diimpikan.

Sumber: Mohd Farid

Sofea

There's always another side to every story