Siakap Keli
Gambar Via Khairunnisa Hamzah

(Video) “Luar Nampak Biasa, Tapi Dalam…”, Pasangan Ini DIY Vanette Lama Jadi ‘Vanfire’, Pukau Banyak Mata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada di antara anda yang mempunyai van yang sudah lama tidak digunakan, nak dijual rasa sayang pula.

Jangan risau, anda sebenarnya boleh mengubah van tersebut bertukar menjadi ‘vanfire’ dan mungkin akan disukai oleh anak-anak.

Menerusi perkongsian Khairunnisa Hamzah, beliau bersama suaminya mengubahsuai van lama dengan pelbagai ciri ‘moden’ yang sangat selesa.

Walaupun dari luar nampak seperti van biasa sahaja namun di dalamnya kelihatan luar biasa.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Vanette barang boleh bertukar menjadi ‘Vanfire’ bawa orang!

Makeover yang dilakukan :

1) Kerusi sofa boleh berpusing 360 darjah.

2) Ada 4 skrin tv di dalamnya dah macam naik kapal terbang pula.

3) Lampu boleh bertukar lain-lain mode ikut mood.

4) Meja sisi lipat untuk makan atau buat kerja bila berkelah di mana-mana.

5) Siap ada almari di belakang sekali untuk letak tools dan selipar

6)Paling anak-anak suka, ‘vanfire’ ini dah jadi macam rumah 2 tingkat mereka. Boleh tengok ada tangga naik ke ‘loteng’ atas untuk duduk berkelah

Bukan rumah yang dah lama saja kita boleh buat DIY makeover untuk selesa tinggal dan mengikut peredaran keperluan semasa, malah, kenderaan lama pun kita boleh DIY makeover selesakan semula.

Sebelum ini, ramai bertanya dan minta dibuatkan videonya.

Jadi pagi tadi, Daddy Decor Mohd Annuar rajin pula layan videokan Vanette lama yang bertugas angkut barang kerja makeover yang telah dimakeover sedikit menjadi “vanfire” untuk keluarga bila tiba musim kembara.

Projek ini masih belum siap dan sedang diteruskan lagi sedikit demi sedikit buat hobi.

Tetapi sebab ramai dah tanya macam mana, macam mana? Dan ada yang perlukan semangat untuk makeover van lama mereka untuk ahli keluarga, maka jemput tengok di Youtube Channel : Mommy Daddy Decor.

Berbalik semula kisah Vanette jadi Vanfire,
bermula daripada sebuah van barang yang kosong, kini demandnya telah mengalahkan kereta Audi kami. Anak-anak akan monyok kalau naik Audi. Tetapi sangat seronok kalau berjalan naik “vanfire” ini.

Ironinya, apabila menaiki ‘vanfire’ ini, parking mana-mana saja dengan bebas tanpa risau. Berbeza dengan Audi, baru nak masuk parking, sana sini mata memerhati.

Jadi, biarlah di luar nampak kenderaan lama tanpa menarik perhatian sesiapa. Tapi dalam, kita makeover kasi selesa!

Lega damai berjalan di mana saja.

‘Vanfire’ ini juga adalah penyelamat keadaan. Bila Mommy ada sesi Live atau kena siapkan rekabentuk yang ditempah, Daddy akan bawa anak-anak duduk di dalamnya untuk menonton movie, youtube atau apa sahaja. Pembelajaran di dalam kenderaan kekdahnya.

Kadang-kala boleh 2 jam mereka duduk dalam ‘vanfire’ tersebut di tempat parking saja.

Maka, benarlah, kegembiraan itu bukan terletak pada kemewahan, tetapi boleh terletak pada air tangan.

Air tangan mak ayah pada anak-anak, menciptakan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Video hasil makeover setakat ini, ada di sini.

#makeoverby
#Mommydaddydecor
#vanettejadivanfire

Sumber: Khairunnisa Hamzah

Sofea

There's always another side to every story