Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Semua Sekolah Di Perak, Putrajaya Beroperasi Seperti Biasa Esok

JEREBU
Kredit: Bernama

Semua sekolah di Perak akan beroperasi seperti biasa esok meskipun keadaan jerebu ketika ini memerlukan langkah berjaga-jaga.

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkata, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan susulan keadaan jerebu semasa.

Menurut kenyataan itu, ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang tahap kesihatan anak-anak untuk hadir ke sekolah boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.

“Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan berkenaan berkata, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan.

Sehubungan itu, semua pihak diminta supaya terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.

Intipati
  • Semua sekolah di Perak dan Putrajaya akan beroperasi seperti biasa esok.
  • Murid digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.
  • Ibu bapa boleh tidak menghantar anak jika bimbang, tetapi perlu memaklumkan sekolah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan