Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ustazah, Esok Saya Tak Datang Sekolah..” Surat Pelajar Tahun 1 Ini Buat Ramai Terhibur

sekolah
Kredit: Threads _nisa.khai
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Ustazah, esok saya tak datang sekolah sebab saya ikut mak dan ayah saya.”

Itu antara kandungan surat yang ditulis sendiri seorang pelajar perempuan Tahun 1 kepada gurunya bagi memaklumkan sebab dia tidak hadir ke sekolah.

Gelagat pelajar dikenali sebagai Sara Hannah itu menarik perhatian ramai selepas dikongsikan oleh guru KAFA, Ustazah Khairrunisa menerusi akaun Threads miliknya, @khairrunisa.

Menerusi perkongsian tersebut, Sara Hannah memaklumkan kepada ustazah bahawa dia tidak hadir ke sekolah pada 17 November kerana mengikut ibu dan ayahnya ke Pahang.

Lebih mencuit hati, pelajar itu turut menerangkan bahawa dia bersama kakaknya tidak akan hadir ke sekolah sehingga 20 November kerana mereka sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.

Kredit: Threads _nisa.khai

Siap Cerita Perancangan Ke Indonesia

Dalam surat berkenaan, Sara Hannah bukan sahaja menjelaskan sebab ketidakhadirannya, malah turut berkongsi perancangan keluarganya pada Disember.

“Saya pergi outstation, tapi bukan luar negara. Saya pergi Pahang, Cameron Highlands. Kakak saya juga ikut jadi saya dengan kakak tak ada esok, 17 November sampai Jumaat, 20 November.

“Saya balik Sabtu, 21 November. Jadi Isnin, 23 November minggu depan saya datang balik. Nanti Disember saya pergi Indonesia, pergi Kalimantan kot?” tulisnya dalam surat tersebut.

Surat berkenaan dipercayai diserahkan kepada Ustazah Khairrunisa pada 16 November lalu.

Apa yang mencuri perhatian ialah cara kanak kanak itu menerangkan perjalanan keluarganya dengan begitu terperinci, termasuk memberitahu guru bahawa mereka mungkin ke Indonesia pada bulan Disember.

Perkataan “kot” pada hujung ayat mengenai Kalimantan juga mengundang perhatian kerana ia menunjukkan perancangan tersebut masih belum pasti.

Netizen Terhibur Dengan Kejujuran Pelajar

Meninjau ruangan komen, rata rata pengguna Threads terhibur dengan gelagat Sara Hannah yang dianggap begitu jujur dalam memaklumkan urusan keluarganya kepada guru.

Ada yang berseloroh bahawa cerita lengkap sudah diberikan dan berharap pelajar itu tidak lupa membawa ole ole untuk ustazah.

“Lengkap cerita dia. Pastu jangan lupa bawak ole ole untuk ustazah tau,” seloroh @liyana_rasd.

Seorang lagi pengguna, @rumah_nz, pula berseloroh bahawa segala rahsia keluarga mudah diketahui apabila mempunyai anak yang masih bersekolah.

“Semua rahsia tersebar kalau ada anak sekolah. Sama ada cerita pada kawan atau pada cikgu,” katanya.

Dalam pada itu, @kamaltakadli turut berseloroh mengenai istilah “outstation” yang digunakan oleh pelajar tersebut.

“Wah sekolah pun ada AL ye. Approve tak tu?” tulisnya.

Tidak kurang juga yang memuji keberanian dan kejujuran pelajar berkenaan.

“Bijak, berani, berterus terang dan jujur. Darah pahlawan anak ni,” jelas @jarijemariizwah.

Seorang lagi pengguna, @awisfadil, pula berseloroh mengenai kemungkinan ibu pelajar tersebut sudah memaklumkan ketidakhadiran anaknya dalam kumpulan WhatsApp kelas.

“Mak dah update dalam WA kelas ‘urusan keluarga’,” tulisnya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Sara Hannah menulis surat kepada gurunya bagi memaklumkan ketidakhadirannya ke sekolah.
  • Pelajar Tahun 1 itu menjelaskan keluarganya ke Pahang dan Cameron Highlands.
  • Perkongsian Ustazah Khairrunisa di Threads menerima reaksi terhibur daripada ramai warganet.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan