Siakap Keli

Seram, Budak Perempuan Ni Suka Main & Tidur Dengan Anak Patung Kesayangan Berupa ‘Pocong’

Kalau masih ingat lagi, dulu-dulu ada filem anak patung seram yang ‘bernyawa’ iaitu Chukky. Melihat mukanya saja yang berjahit itu pun sudah bikin meremang bulu roma.

Tapi apa yang berlaku di Indonesia ini memang betul-betul menyeramkan. Baru-baru ini tular beberapa foto seorang kanak-kanak perempuan yang bergambar bersama anak patung kesayangannya.

Namun anak patung itu bukanlah secomel Teddy Bear mahupun Barbie Doll, tapi ia menyerupai salah satu makhluk halus paling ditakuti masyarakat Melayu khususnya, iaitu pocong.

Kelihatan kanak-kanak ini tidak rasa kekok nak memeluk anak patung itu. Malah ia selamba ‘mengajaknya’ untuk bergambar bersama-sama di depan kamera.

Gambar: Twitter
Gamar: Twitter
Gambar: Twitter

Jika diperhatikan, kanak-kanak ini begitu menyayangi anak patung berkenaan hingga menyoleknya dengan alat solek, barangkali untuk kelihatan lebih cantik.

Tidak pasti ia berasal dari mana, tapi gambar-gambar yang dikongsikan melalui akaun Twitter Cryptovasi itu mencetus perbualan ramai.

Sumber: Kumparan / Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'