Siakap Keli

(Video) Setahun ‘Terbiar’, Bulu Biri-Biri Tebal Sampai Tutup Mata Akhirnya Dicukur, Nampak Lebih Segar

Ingat tak lagi, kisah biri-biri bernama Baarack yang memiliki bulu setebal 34kg sebelum ini?

Gara-gara tak dicukur selama lima tahun, biri-biri domestik itu mengalami masalah pergerakan dek kerana bulu tebal yang memberatkan badannya. Malah, dalam bulu itu juga terselit ranting dan serangga yang ‘menumpang’ biri-biri berkenaan.

Inilah yang hampir berlaku kepada seekor biri-biri jenis babydoll yang akhirnya dicukur oleh @rightchoiceshearing ini.

Kongsi @rightchoiceshearing, hanya dalam tempoh satu tahun sahaja, bulu biri-biri itu menjadi cukup tebal sehingga menutupi matanya.

Malah, ia memerlukan masa tujuh minit untuk mencukur keseluruhan bulu haiwan berkenaan berbanding kebiasaannya yang hanya mengambil masa tiga minit sahaja.

Dalam video tersebut, kelihatan si biri-biri seakan ‘pasrah’ membiarkan bulunya ‘ditebas’ manusia.

@rightchoiceshearing

He’s a baby doll. A big baby doll. 😳

♬ ily (i love you baby) – 2020 Remix – We Rabbitz

Rakaman ketika haiwan itu dicukur telah menarik perhatian lebih 61.8 juta penonton di laman tersebut yang teruja dengan kecomelan biri-biri berkenaan.

Berapa lama ambil masa untuk tumbuh dan berapa kerap perlu ‘kupas’?

Budak baik

Bila dia selak bulu, “Akhirnya aku boleh nampak, eh gelap balik”

Comel sangat

Ingatkan timbunan kotoran tadi

Kalau jatuh, mereka tak boleh bangun disebabkan bulu yang terlalu berat

Kebiasaannya, biri-biri akan dicukur setiap tahun bagi mendapatkan bulu mereka yang seterusnya bakal diproses menjadi benang.

Menurut North Dakota State University, proses mencukur bulu biri-biri juga penting bagi mencegah penempelan kotoran dan air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan parasit terhadap haiwan berkenaan.

Sumber: North Dakota State University

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.