Bila masuk musim buah di Malaysia, maka banyaklah kita tengok penjaja-penjaja jual buah di merata tempat. Macam-macam buah yang boleh kita dapati di musim-musim ini termasuk buah rambutan, manggis, dokong dan banyak lagi.
Tapi ada satu buah ni memang antara yang dicari-cari oleh ramai orang. Tak lain tak bukan mestilah si raja buah.
Buah durian memang yang paling popular lah bila masuk musim buah. Durian pula ada pelbagai jenis seperti Musang King, Black Thorn, Udang Merah, durian kampung dan sebagainya.
Warna dan ketebalan isi durian ni pun ada yang berbeza-beza. Jadi ikut selera masing-masing nak yang macam mana. Sebenarnya korang tak payah kopek pun kulit durian tu untuk tahu isi dia macam mana, cukup tengok satu bahagian ni je.
Video yang diunggah pengguna TikTok @mdizzuddinmohdshah ini menunjukkan cara-cara nak tahu warna dan ketebalan isi durian hanya tengok pada batang sahaja. Video ini mendapat 416.6 ribu tontonan dan 26.7 ribu sukaan setakat ini.
@mdizzuddinmohdshah ♬ original sound – Md Izzuddin Mohd Sha – Md Izzuddin Mohd Sha
Sumber: TikTok @mdizzuddinmohdshah