Peribahasa merupakan susunan kata dalam bentuk kiasan yang mempunyai maksud yang tersirat. Sejak dari dulu lagi, terdapat banyak peribahasa yang digunakan oleh lapisan masyarakat di negara ini.
Salah satu yang paling popular adalah ‘Air yang dicincang tidak akan putus’. Seperti yang diketahui, maksudnya yang tersirat adalah talian persaudaraan yang erat dan tidak akan terputus walau seteruk mana pun berlakunya perselisihan.
Betul ke air dicincang tidak akan putus?
Pun begitu, betul ke air yang dicincang tidak akan putus? Nampaknya video eksperimen yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu ini membuktikan sebaliknya.
Cutting Water in Half With a Superhydrophobic knife pic.twitter.com/UfBo7YZ7aO
— Physics (@WElRDPHYSICS) June 19, 2021
Menggunakan pisau superhydrophobic, air tersebut bukan sahaja boleh dibelah dua tetapi juga boleh dibelah menjadi beberapa titisan yang kecil.
Memetik dari satu kajian, bahan seperti zink dan polyethylene digunakan untuk mencipta pisau superhydrophobic tersebut dan ia juga disiapkan dengan menggunakan prosedur pemendapan galvanik tanpa elektrik.
Berbalik kepada video itu, ramai pengguna media sosial di negara ini yang kagum melihat eksperimen tersebut dan ada yang berseloroh bahawa peribahasa tersebut sudah tidak lagi relevan.
Sumber: WEIRDPHYSICS