Siakap Keli

(Video) “Ratatata..,” Dah 54 Tahun, Ini Asal-Usul Lagu ‘Beggin You’ Yang Melekat Di ‘Kepala’ Lepas Dengar

Industri muzik luar atau tempatan sudah menjadi sinomin dalam kehidupan masyarakat kini. Tambah-tambah lagi dengan dunia serba canggih, munculnya pelbagai aplikasi menarik seperti Tiktok, ia dapat mengimbau kembali lagu-lagu yang sudah lapuk ditelan zaman.

Kalau korang salah seorang pengguna Tiktok, pasti korang pernah dengar lagu “Beggin’ You” yang semakin popular pada masa ini.

Sebenarnya, lagu tersebut bukanlah lagu baru tetapi usia lagu tersebut sudah menjangkau 54 tahun. Lama bukan? Lagu ini mula didendangkan pada tahun 1967.

Siapa penyanyi asal lagu Beggin’ You?

Mesti ramai yang tertanya-tanya penyanyi asal lagu ini bukan? Ia dipopularkan oleh sekumpulan penyanyi Amerika, Four Season bersama Frankie Valli pada tahun 1967.

Kemudian, pada tahun 2007 lagu ini dinyanyikan semula oleh sekumpulan penyayi hit-hop, Madcon. Paling memeranjatkan, lagu ini mendapat tangga paling teratas di Norway, Perancis dan Belanda.

Selepas itu pada tahun 2017, lagu ini dipopularkan semula oleh sekumpulan penyanyi rock Itali, Maneskin sehinggakan ia mendapat sambutan ‘hangat’ di beberapa negara Eropah.

‘View’ di Youtube cecah 116 juta…

Bayangkan, bilangan penonton myzik video itu sekarang sudah mencecah hampir ratusan juta. Namun, rakaman video penyanyi asal baru dimuatnaik di Youtube. Kalau ikutkan bilangan penonton pada page Madcon, ia sudah menjangkau 116 juta penonton.

Kini, lagu ini dimainkan semula di Tiktok dan kalau korang penggemar filem di saluran Netflix, mesti korang perasan lagu ini dimainkan dalam drama bersiri The Crown.

 

Sumber rujukan: Youtube, The Guardian, Wikipedia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang