Dikenali sebagai ‘raja buah‘, durian menjadi salah satu buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Bila tiba musimnya, ia pasti akan ‘diburu’ oleh penggemarnya.
Walaupun harga sesetengah jenis durian agak mahal tetapi ia tetapi menjadi pilihan kerana keenakan isinya.
Pun begitu, kita juga perlu sedar bahawa membeli durian ini mempunyai ‘risiko’ yang tersendiri. Terkadang, mungkin buahnya kelihatan besar tetapi isi di dalamnya tiada siapa yang tahu.
Sama seperti yang dialami oleh seorang pengguna TikTok, @musyan71, apabila mendapati buah durian jenis Musang King yang dibeli olehnya hanya mengandungi dua ulas sahaja.
Lebih mengecewakan, buah itu dibeli dengan harga yang agak tinggi iaitu RM98 sebiji.
Rupanya ada lagi yang mahal
@musyan71 Ish ish ingatka yg sy angkat tu mahai… Rupanya ada lg yg mahai #fyp #viral
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap video itu.
Sumber: musyan71