Siakap Keli

“Bukan Senang Nak Puaskan Hati Semua”, Pembeli ‘Rate’ Tiga Bintang Sebab Guna ‘Plastic Wrap’ Terlalu Banyak

Siapa je zaman sekarang ni yang tak gemar membeli barang di platform online shopping kan? Yelah, main tekan-tekan je dekat handphone masing-masing lepastu tunggu barang siap dihantar di depan pintu rumah. Tak payah berpenat-penat nak keluar lagi dah.

Ditambah pulak bila lockdown sekarang ni, banyak waktu-waktu terluang yang ada untuk melayari aplikasi online shopping tersebut. Tidak kisah Lazada, Shopee atau aplikasi yang lain, ia sentiasa akan ‘dikunjungi’ oleh orang ramai.

Lagi bertambah ‘gila’ bila adanya jualan murah di aplikasi-aplikasi tersebut setiap bulan. Rambang mata tengok satu-satu barang yang terkadang dijual dengan harga serendah RM1 sahaja.

Tapi SK bukan nak bercakap pasal jualan murah tu. Ni korang pasti tahu kan dalam setiap aplikasi online shopping, pasti akan ada ruangan untuk setiap pembeli memberikan review dan rate berkaitan barangan yang dibeli.

Review dan rate

Review dan rate tu penting bukan sahaja untuk pembeli lain yang pertama kali nak beli barang tu tetapi juga untuk penjual. Bagi yang tak tahu, penjual mungkin akan dikenakan penalti kalau tak mencapai standard jualan yang telah ditetapkan oleh setiap platform online shopping.

Jadi, review yang diberikan oleh pembeli sememangnya sangat penting sebab dari situ jugak kita boleh tengok macam mana respon yang diberikan oleh penjual.

Walaupun setiap orang boleh ‘meluahkan’ apa sahaja mengenai barang yang dibeli, tetapi bertimbang rasalah jugak kepada penjual. Kalau boleh elakkan daripada memberikan review yang ‘pelik’ dan ‘tidak masuk akal’.

Contohnya seperti review di bawah ni, pembeli hanya memberikan tiga bintang sebab tak berpuas hati dengan bungkusan plastik yang terlalu banyak.

Nampaknya memang bukan mudah nak puaskan hati pelanggan, walhal plastik tu sebenarnya boleh lindungi barang daripada pecah atau bocor. Dengan rating tu, kemungkinan ia boleh memberikan kesan kepada prestasi penjual.

Warganet pulak rata-ratanya berikan pelbagai reaksi berkaitan dengan review tu.

Kalau korang macam mana, apa pendapat korang pasal benda ni?

Sumber: Pelabur

BACA: (Video) “Takde Apa Pun,” Pak Nil Cucuk Vaksin Di Usia 59 Tahun Pelik Badan Rasa Lagi Kuat

Sofea

There's always another side to every story