Siakap Keli
Gambar: Google

Kini Semua Vaksin COVID-19 Di Malaysia Sesuai Untuk Ibu Mengandung & Menyusu

Semua jenis vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini kini sesuai diberikan kepada golongan ibu mengandung dan menyusu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengemas kini panduan terkini mengenai pengambilan vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac bagi golongan tersebut di laman Twitter hari ini.

Bagi golongan ibu hamil, mereka sesuai menerima ketiga-tiga vaksin tersebut ketika usia kandungan sekitar 14 ke 33 minggu, manakala bagi ibu menyusu pula, semua vaksin berkenaan sesuai dan selamat diterima.

Selain itu, bagi ibu hamil yang kandungannya berusia 34 minggu, vaksinasi boleh dilakukan selepas menjalani konsultansi dengan pihak doktor.

Dalam masa sama, mereka turut dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sekiranya terdapat kebimbangan mengenainya.

Sumber: Twitter JKJAV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'