Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat

Satu ‘Family’ Ni Setiap Hari Buat Live Memasak Tiba-Tiba ‘Hilang’ Timbulkan Tanda Tanya Kepada ‘Followers’

Nur Farra

Siapakah keluarga ini? Mengapa kehilangan mereka dirindui ramai?

Bersahaja, mencuit hati, penuh dengan humor serta komunikasi menggunakan dialek Melaka dan Negeri Sembilan sambil memasak pelbagai jenis masakan enak dalam kuantiti yang besar gabungan suami isteri, Aleeya Zailan dan Azri Aziz yang dikenali sebagai ‘Big Boss’ dengan dibantu oleh 3 orang ‘helper’ menjadikan keluarga Avenys ini sentiasa meniti dari bibir ke bibir warga maya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur ketika ini.

Live mereka di Facebook, Instagram dan YouTube sentiasa dinantikan oleh semua peminat. Sikap mereka berdua yang peramah, mesra dan menghiburkan bersama 3 orang cahaya mata seringkali mencuri hati warga maya dan membuatkan peminat sentiasa ternanti-nanti akan kemunculan mereka pada live berikutnya.

Big Boss yang terkenal dengan aksi ‘tambah garam dalam masakan secara curi-curi’ serta sikap lurus Aleeya dengan tagline ‘hawau’ menjadikan pasangan ini dekat dihati peminat. Disamping mereka berdua, anak bongsu pasangan ini yang berusia 2 tahun juga semakin diminati dan dirindui. Alicia fasih berbahasa Inggeris dan sering mengungkap perkataan ‘are you kidding me?’ Aksi mesra yang ‘tidak dibuat-buat’ ini menjadikan penonton melekat di kaca screen kadangkala sehingga 1 jam setengah.

Namun, keletah dan celoteh keluarga ini tiba-tiba hilang dari radar dan ‘sepi’ beberapa hari menjadi tanda tanya kepada semua peminat. Posting terakhir di Instagram Aleeya Zailan meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga membuatkan pengikut berteka-teki untuk mengetahui apa yang terjadi disebalik kehilangan mereka.

Ramai yang meluahkan rasa rindu dengan kemunculan mereka dan tidak sabar untuk menantikan ‘live’ terkini. Namun sehingga ketika ini masih tiada apa-apa lagi perkembangan terkini dikongsi dari pihak mereka.

Setiap live mereka ditonton 12,000 ‘online viewer’ dan jumlah tontonan video selepas tamat siaran melebihi 2,000,000 kali. Ternyata pasangan ini amat disayangi dan mencuri hati sesiapa sahaja yang menonton walaupun untuk pertama kali. Keluarga ini mula aktif bersiaran langsung dan berkongsi resepi masakan dan aktiviti keluarga di Facebook, Instagram dan YouTube sejak beberapa tahun lalu.