Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12 tengah hari.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK/ mulai jam 12 tengah hari
Calon juga boleh menyemak melalui perkhidmatan SMS iaitu dengan menaip STPM<jarak> No. K/P<jarak> Angka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai mulai jam 11.00 pagi.
Bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM, keputusan akan dihantar terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11 pagi.
Tidak cuma itu, bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan.
KENYATAAN MEDIA PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) TAHUN 2020#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Fat0xSkBnQ
— KPM (@KemPendidikan) June 26, 2021
Sumber: Twitter KPM