Kewujudan kedai Eco RM2.10 sudah menjadi kegilaan ramai dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan kedai lain. Tetapi kali ini, kedai Eco sekali lagi buat kejutan kepada orang ramai tentang kehadiran kedai Eco Plus.
Dengan pelbagai pilihan barangan yang ada dari harga RM5 hingga RM10, kedai ini mula menjadi pilihan orang ramai membeli belah. Apa yang menarik, menerusi video yang dikongsikan oleh seorang gadis di Tiktok menunjukkan barangan yang dijual di kedai tersebut.
Terbukti ramai yang tak senang duduk dengan harga dan kualiti barang yang dijual di situ. Ya, semua jualannya sangat berbaloi untuk dibeli.
“Pakat mari kelih sendiri la sekmung…“
@jxaaa_ Pakat mari kelih sdiri la sekmung 🤑 #ecoplus #ecoplustumpat #kelantanniboss #fyp #begginyoufashion #myfoodie #kelantanviral
Ini antara komen orang ramai tentang kedai ‘berpuaka’ ini. Ada yang tak sabar untuk ke kedai ini membeli belah.
“Kalau ada ni, hurm duitku susut”
“Masuk sini konon nak beli 1,2 barang ja…”
“Abih pitih woii”
“Lemah semangat dah ni tengok”
Sumber: Jxaaa