Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), melalui laman sosial rasmi hari ini membuat hebahan permohonan vaksinasi awal dibuka kepada pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara.
Pemohon boleh membuat permohonan vaksinasi awal ini melalui Helpdesk di aplikasi MySejahtera dengan mengikuti panduan di bawah:
1. Log masuk ke akaun MySejahtera
2. Pilih ikon Helpdesk

3. Pilih Mula

4. Pilih Janji Temu Vaksinasi

5. Pilih A – Saya adalah pelajar dan perlu ke luar negara untuk pengajian

6. Isi maklumat anda dan hantarkan bersama dokumen:

Pemohon perlu memastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul semasa menghantar permohonan.
Pelajar yang telah memohon melalui permohonan@vaksincovid.gov.my sebelum ini, permohonan anda juga sah dan akan disemak.
Sumber: JKJAV