Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
pelajar KWSP
Gambar: BERNAMA, EPF
Tiada Kategori
Ramai Ingat KWSP Untuk Pekerja Sahaja, Rupanya Pelajar Pun Boleh Dapat Manfaat & Ini Caranya

Hannah

Ramai Ingat KWSP Untuk Pekerja Sahaja, Rupanya Pelajar Pun Boleh Dapat Manfaat & Ini Caranya

Bila sebut sahaja KWSP, ramai yang berpendapat ia untuk golongan pekerja dan urusan persaraan. Kononnya, hanya relevan lepas habis belajar, dah ada kerja tetap dan gaji bulanan.

Tapi hakikatnya, masih ramai yang tak tahu KWSP sebenarnya bukan eksklusif untuk mereka yang sudah bekerja sahaja.

Malah, sesiapa sahaja termasuk pelajar universiti pun boleh mula menikmati manfaat KWSP lebih awal, sebab itu akaun KWSP boleh dibuka seawal usia 14 tahun.

Ribuan pelajar ‘serbu’ KWSP?

KWSP ‘diserbu’ ribuan pelajar apabila kini semakin giat mendekati golongan muda menerusi Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB) yang telah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Pulau Pinang pada 4 hingga 6 November 2025.

PLKSBB ini menampilkan permainan interaktif khas dengan pengisian santai berkaitan kewangan, menabung dan kepentingan simpanan masa depan yang sememangnya direka khas bagi menarik minat pelajar-pelajar di pengajian tinggi.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh seperti BenangbyNini dan Irdina Hani selain selebriti popular Alif Satar & The Locos, Kucaimars dan Emeer Bakri, yang terbukti telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja pelajar yang menjadi kumpulan sasaran, malah kakitangan pentadbiran UiTM sendiri.

Gambar: Alif Satar
Gambar: BenangbyNini

Bak kata pepatah ia bagai serampang dua mata dan berjaya menyebarluaskan capaian mesej kewangan KWSP ini.

Penganjuran program sebegini jelas membuktikan komitmen KWSP dalam meningkatkan literasi kewangan rakyat sejak usia muda, selain berjaya membuka mata lebih ramai belia tentang kepentingan menyimpan dan merancang masa depan melalui pendekatan yang mesra pelajar.

Persoalannya, kenapa pelajar patut ambil tahu pasal KWSP?

Mungkin ada yang bertanya, kenapa pelajar patut ambil tahu pasal KWSP? Walaupun masih bergelar pelajar, sebenarnya anda sudah boleh mula menyimpan dan bina tabung masa depan di KWSP.

Ini kerana kesedaran tentang ilmu pengurusan kewangan di usia muda ini boleh:

1. Membantu dan mendidik golongan muda supaya lebih celik kewangan, bijak mengurus wang dan bersedia untuk masa depan.

2. Ramai pelajar-pelajar kini sudah mula berjinak dengan dunia pekerjaan dan keusahawan. Sama ada bekerja sambilan, bisnes kecil-kecilan, terlibat dengan e-hailing dan p-hailing atau bekerja secara freelance;- mereka sudah boleh menyimpan di KWSP tanpa perlu majikan tetap.

3. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih panjang tempoh untuk anda menikmati pulangan dividen tahunan KWSP.

Bagaimana nak mula menyimpan?

Mudah sahaja, anda boleh memilih dua skim ini yang sememangnya tidak menetapkan sebarang komitmen bulanan untuk menyimpan.

KWSP sangat komited memperluaskan budaya ‘Simpan Baik-Baik’ dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, dengan membawa mesej jelas bahawa simpanan awal adalah asas penting untuk masa depan kewangan yang lebih stabil melalui pelbagai program literasi kewangan yang dianjurkan.

Bagi pelajar, inilah masa paling sesuai untuk mula menyimpan kerana walaupun jumlahnya kecil, impaknya sangat besar dalam jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti platform media sosial rasmi KWSP di Instagram, X, TikTok, Facebook, LinkedIn dan Youtube. Anda juga boleh layari laman sesawang KWSP atau kunjungi pejabat KWSP terdekat.