24 Tahun Berlalu, Bomba Malaysia Bantu Negara Indonesia Padam Kebakaran Hutan Di Sumatera Selatan By Edayu 30 Jun 2021 1:48am Berita Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Masihkah kita ingat kembali satu peristiwa yang berlaku di negara jiran sehingga memberi impak yang dashyat kepada beberapa negara lain termasuklah Malaysia?Ya, pada tahun 1997 hingga 1998, kejadian kebakaran hutan secara terbuka di Bayung Lincir, Selatan Sumatera. Peristiwa ini telah mengimbau kembali saat pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertungkus lumus mencurah bakti bersama-sama pasukan dari Indonesia untuk memadam kebakaran di sana.Selepas 24 tahun peristiwa ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkongsi beberapa foto untuk mengimbau kembali kenangan mengendalikan Operasi Haze untuk mengurangkan kesan jerebu kepada negara kerana ia memberi kesan negatif kepada ekonomi negara ketika itu.“Remembering the Indonesian forest fire Bayung Lincir South Sumatra”“Selamat jalan Bomba Malaysia, terima kasih dengan tulus ikhlas dari pemerintah dan masyarakat Indonesia”Sumber: Bomba Malaysia Berkaitan Harga Tiket Mahal, Indonesia Hantar Sukarelawan Ke Sumatera Lalu Malaysia Tiga Kampung Indonesia Masuk Malaysia, Pakar Kongsi Implikasi Terhadap Negara Selepas Banjir Dan Tanah Runtuh, Aceh Kini Berdepan Kebakaran Hutan