Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook telah memaklumkan bahawa kelulusan pergerakan secara ‘one off‘ kepada individu yang bekerja sendiri akan dilanjutkan semula.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani pada jam 4 petang tadi, kelulusan pergerakan secara ‘one off’ yang tamat pada 28 Jun (Isnin) akan dilanjutkan secara automatik sehingga 7 Julai 2021.
Menurut kenyataan itu lagi, bagi pergerakan selepas tempoh 7 Julai, individu yang bekerja sendiri tanpa majikan seperti tukang paip/ penyelenggara/ penjaja tepi jalan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu.
Kelulusan tersebut dilaporkan akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu membuat semula permohonan apabila tamat.
Sumber: Polis Diraja Malaysia