Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang terlihat sepasang mata yang mengintai dari lubang air di bilik mandinya.
Menurut portal Suara.com, lelaki itu mengatakan pada mulanya dia ingin mandi namun dia membatalkan niatnya apabila melihat sesuatu yang aneh di lubang bilik mandi. Katanya, dia bimbang ketika berada di dalam bilik mandi itu kerana takut ada sesuatu yang keluar secara tiba-tiba.
Dia dipercayai telah memuat naik videonya di akaun Tiktok, namun tidak dijelaskan ‘makhluk’ apa yang berada di dalam lubang itu. Video tersebut telah menarik perhatian warganet dan ada di antara mereka yang berkongsi rasa ngeri yang sama apabila menonton video tersebut.
Bukan itu sahaja, video yang kini mencecah 1.4 juta ‘view‘ itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang cuba meneka-neka ‘makhluk’ yang bersembunyi itu.
Ada yang memberi komen, “Ini seperti ular.” Ada juga yang menganggapnya katak.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman, “Biasanya biawak, pernah ada biawak dari tempat seperti itu di bilik mandi saya.”
Tidak kurang juga ada yang berpandangan unik, “Tapi kenapa matanya sangat comel ya..”
Ada juga yang turut berasa takut, “Paranoid jadinya setiap kali nak ke bilik mandi.”
@bennyrahman1 Was was kalo lagi diWC nih,takut tiba tiba ada yg keluar😞#fyp #xyzbca #DancewithJTrust
@bennyrahman1 Balas @noahgemes
Sumber: Suara.com, Tiktok @bennyrahman1