Siakap Keli
Gambar: Mirror.co.uk

Lelaki Dilapor ‘Bernyawa’ Tanpa Jantung Selama 555 Hari, Siap Bersukan Gunakan ‘Jantung Buatan’

Seorang lelaki mampu bertahan selama lebih dari setahun tanpa jantung, bahkan berupaya untuk bermain sukan dengan rakan-rakannya pada masa itu, lapor Mirror.

Stan underwent a transplant 555 days later

Menurut sumber, lelaki yang bernama Stan Larkin, 25 tahun itu masih bertahan hidup dengan “jantung buatan” yang diikat di belakang badannya selama 555 hari. Dia dilaporkan telah menunggu pemindahan jantung dan kes itu begitu mengagumkan para doktor.

Stan dikatakan telah didiagnosis dengan kardiomiopati familial. Penyakit itu merupakan sejenis kegagalan jantung yang boleh menyerang tanpa memberi amaran dan membunuh manusia tanpa mengira seberapa sihat pun mereka.

Pemain bola keranjang itu mengatakan bahawa dia sendiri tidak mengetahui keadaannya yang boleh membawa maut. Keadaan itu akhirnya terdedah setelah dia jatuh secara mendadak ketika bermain bola keranjang.

Penyakit itu juga dikatakan berkait dengan kematian mendadak dalam kalangan para atlet, malah saudara kandungnya, Dominique juga menderita penyakit itu. Dominique dikatakan telah tinggal di hospital selama enam minggu sebelum menjalani pemindahan jantung.

Menurut portal, Stan sangat memerlukan jantung baru, yang bermaksud dia harus tinggal di hospital agar dapat dipantau sehingga dia menjalani transplantasi. Walau bagaimanapun, doktor di University of Michigan telah memasang peranti SyncArdia jantung buatan sementara (TAH) 13lb sementara dia menunggu penderma.

Jantung buatan sementara itu dipercayai dapat berfungsi untuk kedua-dua belah jantung. Alat yang dipakai oleh Stan itu berbentuk ‘freedom portable driver‘ yang diletakkan di dalam beg galas. Alat tersebut membolehkannya menjalani kehidupan yang ‘normal’ dan bahkan bermain bola keranjang.

Stan Larkin was kept alive by an 'artificial heart'

Akhirnya, Stan dilaporkan berjaya menjalani pemindahan jantung pada tahun 2016. Dia menjelaskan bahawa keadaan ketika itu menyebabkan emosinya bercampur-baur.

Tambah Stan, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma yang memberikan jantungnya pada saya. Saya ingin bertemu keluarga mereka suatu hari nanti. Semoga mereka ingin bertemu dengan saya.”

Menurut Prof. Jonathan Haft yang melakukan operasi pembedahan pada Stan ketika itu, “Mereka (Stan dan Dominique) kedua-duanya teramat sakit ketika pertama kali bertemu mereka di unit rawatan rapi. Kami ingin melakukan pemindahan jantung pada mereka, tetapi kami merasakan seperti kesuntukan waktu. Ada sesuatu mengenai keadaan anatomi mereka yang unik apabila teknologi lain tidak mahu berfungsi.”

Stan was able to play sports with his friends

Sumber: Mirror.co.uk

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.