Siakap Keli
Gambar Via IMDb

Runtun Emosi Penonton Malaysia, Filem Percintaan Dari Turki , Su Ve Ates ‘Trending’ Di Media Sosial Hari Ini

Sejak beberapa hari yang lalu, media sosial di negara ini ‘kecoh’ mengenai satu filem dari Turki yang bertajuk Su ve Ates atau Water and Fire.

Filem yang telah ditayangkan pada tahun 2013 itu banyak dikongsikan di laman Facebook dan ramai yang nampaknya beremosi selepas menontonnya.

Watak utama dilakonkan oleh pengarah

Bagi yang belum tahu, filem ini dilakonkan sendiri oleh pengarahnya, Ozcan Deniz bersama Yasemin Allen, Pelin Akil, Cem Ucan, Yusuf Akgun dan ramai lagi.

Bergenre drama dan percintaan, filem itu mengisahkan tentang seorang gadis muda iaitu Yagmur (Yasemin Allen) yang telah jatuh cinta pada Hasmet ( Ozcan Deniz) tanpa menyedari bahawa lelaki itu sebenarnya menyimpan banyak rahsia.

Gambar Via IMDb

Pertemuan yang penuh dramatik di antara mereka  itu bermula di kota London dan sejak itu mereka mula menyulam cinta hingga pada satu ketika,  Hasmet terpaksa pulang semula ke Turki atas permintaan keluarganya. Dari situ, bermulalah penderitaan yang dialami oleh Yagmur bersama anak di dalam kandungannya.

Haa, kalau nak tahu lebih lanjut dan apakah pengakhiran kisah percintaan mereka, nanti bolehlah tengok filem ini. Selamat menonton!

Sumber: Themoviedb

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.