Siakap Keli
Gambar: fox5ny.com

(Video) Detik Cemas Kereta Seakan Hilang Kawalan Rempuh Pam Minyak Sebelum Terbakar

Situasi mimpi buruk telah terakam dalam video apabila sebuah kereta yang terkeluar dari jalan raya California merempuh stesen minyak tempatan dan menyebabkan salah satu pam petrol meletup.

Kejadian dramatik itu berlaku di Ceres, California, kira-kira 80 batu di selatan Sacramento, pada Ahad lepas, lapor portal Fox32chicago.

Menurut sumber, sebuah kereta Sedan merah yang hilang kawalan telah merempuh dengan lajunya ke arah salah satu pam petrol. Ketika itu, dilaporkan terdapat beberapa orang yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dengan insiden terbabit.

Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, mereka dikatakan dapat memadamkan api sebelum dapat merebak ke kenderaan lain. Menurut anggota bomba, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden itu.

Malah, kru bomba juga dilaporkan berjaya mencegah petrol, minyak, dan cairan lain daripada memasuki longkang.

Peristiwa itu dipercayai telah tular menerusi Facebook setelah disiarkan oleh Jabatan Bomba Ceres, Ahad lalu (27/6). Video itu kini telah ditonton sebanyak 17.9 ribu kali di media sosial tersebut.

Sumber: Fox32chicago

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.