Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengharapkan agar hubungan yang dibina akan kekal selamanya dan tidak akan diganggu oleh ‘orang ketiga’. Pun begitu, tidak semua yang diimpikan akan berlaku.
Sama seperti yang dialami oleh wanita ini yang terpaksa menerima hakikat mengenai kehadiran ‘orang ketiga’ di dalam rumah tangganya. Menerusi video di TikTok, Fatin Rehanna hanya mampu redha melihat tingkah laku suaminya bersama ‘pasangan’ yang baharu.
Walau bagaimanapun, ‘orang ketiga’ itu bukan orang ya tetapi seekor kucing! Begitulah kebiasaannya, haiwan comel itu pasti akan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan golongan bapa walaupun pada awalnya mungkin agak sedikit ‘dingin’.
They look so happy together
@fryrehanna PAWRAMPAS , they look so happy together 🥲
Menurut Fatin, kucing berwarna oren putih itu dibela olehnya dan suami sejak tahun 2019, sejak itu kucingnya bagai tidak boleh berenggang dengan suaminya.
“Saya sambung adopt dia sebab rakan sekerja kena pindah ke Sarawak,” katanya.
Dengan kecomelannya, ia menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya, jadi tidak hairanlah ia boleh menjadi ‘pawrampas’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video itu dan memuji kecomelan kucing tersebut.
Sumber: Fatinrehanna