Siakap Keli
Gambar Via Michael Teoh

Hebat, Jurugambar Dari Malaysia Berjaya Rakam Tompok ‘Sejuk’ Pada Matahari, Tarik Perhatian NASA

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang jurugambar dari Pulau Pinang, Michael Teoh, berjaya merakam gambar tompok matahari (sunspot) dengan sangat jelas.

Gambar yang unik itu juga telah diiktiraf dan dimasukkan ke dalam laman web Astronomy Picture of the Day (APOD). Laman web itu disediakan oleh NASA dan Michigan Technological University (MTU) bagi memaparkan gambar-gambar menarik yang dirakam di ruang angkasa.

Apa itu tompok matahari?

Bagi yang belum tahu, tompok matahari tersebut merupakan kawasan yang kelihatan gelap di permukaan matahari kerana ia lebih sejuk berbanding kawasan sekitarnya.

Menurut Space Place, permukaan tersebut lebih sejuk kerana ia terbentuk di kawasan yang mempunyai medan magnet yang sangat kuat sehingga mampu menahan sebahagian bahang panas di dalam matahari agar tidak sampai ke permukaan.

Gambar Via Michael Teoh

Jumlah tompok itu juga berbeza-beza mengikut kitaran solar iaitu sekitar 11 tahun. Ia dikatakan boleh bertahan selama beberapa hari atau bulan tetapi akhirnya akan mengalami pereputan.

Sementara itu, tompok matahari yang dirakam oleh Michael terletak di kawasan AR2835 iaitu kawasan aktif terbesar yang kini melintasi matahari.

Ia ditangkap pada 1 Julai dalam jarak dekat dengan pandangan yang merangkumi sekitar 150,000 kilometer atau lebih dari sepuluh diameter bumi.

Sumber: APOD, Space Place, Michael Teoh

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.