Siakap Keli
Gambar: Twitter

Siap ‘Hinggap’ Di Tangan, Tular Kelawar Albino ‘Rare’ Jadi Perhatian Ramai, Rupa-rupanya…

Kebelakangan ini, semakin tular foto seekor kelawar bayi albino yang begitu menarik perhatian warganet di media sosial terutamanya bagi pencinta haiwan. Dengan mata bulatnya yang besar, telinga merah jambu kecil dan badan yang gebu, ‘kelawar albino’ ini muncul sebagai makhluk yang sempurna untuk setiap ‘posting‘ gambar.

Menurut sumber, gambar-gambar yang dipaparkan telah memperlihatkan kelawar kecil itu mampu melekat pada tangan manusia, melebarkan sayapnya bahkan menawarkan sedikit pelukan. Begitu ramai netizen dikatakan berkongsi gambar yang sama mengenai kecomelan kelawar albino dan keinginan mereka untuk memilikinya.

Walau bagaimanapun, setelah banyak perkongsian mengenai haiwan kecil ini, ternyata kelawar albino yang ‘rare’ ini bukanlah haiwan nyata. Pemeriksa fakta telah menemukan di portal ‘Afrika Check‘ bahawa haiwan tersebut hanyalah sebuah patung yang disebut ‘baby albino vampire plushie‘.

Patung mainan yang digayakan dalam posisi yang berbeza ini hanyalah sebagai gambar ‘viral‘. Berdasarkan posisinya, sayap patung kelawar ini dikatakan boleh dibiarkan lurus ke luar atau dilipat untuk meletakkan kelawar dalam posisi yang lebih tegak. Sayapnya tidak kaku tetapi dapat digunakan untuk memposisikan patung kelawar.

Walaupun gambar yang dikongsi di internet tidak nyata, dipercayai terdapat dua spesies kelawar asli di Amerika Selatan. Antaranya ialah Honduran White Bat yang juga disebut kelawar ‘Caribbean white tent-making‘ yang merupakan sebahagian daripada genus Ectophylla.

Foto: animals.fandom.com

Bagi spesies kelawar putih yang lain ialah Northen Ghost Bat, spesies yang berasal dari Amerika Selatan, Trinidad, dan Amerika Tengah.

Foto: deviantart.com

Sumber: IndiaTimes.com

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.