Watak Hasmet yang dilakonkan oleh Ozcan Deniz di dalam filem romantik Turki, Su Ve Ates kini menarik perhatian ramai terutama golongan wanita yang terpesona melihat karisma lelaki itu.
Turut menjadi pengarah filem itu, Ozcan juga merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu yang sangat popular di Turki.
Beliau telah menerbitkan 11 album sejak tahun 1992 dan terlibat dalam beberapa siri drama TV popular.
Perkahwinan pertama tidak bertahan lama
Menyingkap serba sedikit mengenai hidupnya, Ozcan yang kini berusia 49 tahun itu merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki. Dilaporkan bercerai pada tahun 2019, perkahwinannya bersama bekas isteri, Feyza Aktan, hanya mampu bertahan selama 15 bulan sahaja.
Lantaran itu, kisah mereka sentiasa menjadi perhatian media terutama apabila Feyza mendakwa bahawa Ozcan pernah memukul dan menganiayainya.
Dakwaan itu disangkal sekerasnya oleh Ozcan dan mengatakan bahawa ia merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
Temui cinta baharu
Setelah beberapa lama, Ozcan kini dilaporkan telah menjalinkan cinta baharu dengan seorang pereka fesyen dari Iran, Samar Dadgar yang berusia 26 tahun. Jarak umur yang sangat jauh itu mengejutkan orang ramai namun turut merasa senang melihat pelakon itu telah menemui pengganti.
Sumber: Albawaba, Beauty Around