Siakap Keli

(Video) Cara Mudah ‘Renew’ Lesen Online, Boleh Ambil Di Kaunter JPJ Bila Dah Siap

Perkara pertama sebelum memandu kenderaan, perkara pertama yang kita buat adalah pastikan lesen memandu masih hidup dan boleh digunakan. Tetapi, sejak PKP ini menjadi kekangan kepada orang ramai untuk ‘renew’ lesen semula.

Mesti korang masih belum tahu sebenarnya ada satu platform untuk memudahkan korang perbaharui lesen sepanjang musim pandemik ini. Untuk pengetahuan korang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan portal MySIKAP di mana semua urusan dengan JPJ boleh dilakukan secara atas talian.

Jadi, SK nak kongsikan cara yang ditunjuk daripada salah seorang pengguna TikTok tetnang tips memperbaharui lesen melalui kaedah atas talian sahaja.

Langkah-langkah yang korang perlu adalah seperti di bawah. 

  1. Mulakan carian dengan menaip MySIKAP 
  2. Daftar masuk (jika pengguna baharu, sila isi maklumat yang diminta)
  3. Pilih memperbaharui lesen dan isi beberapa maklumat
  4. Pilihan cara pembayaran
  5. Dan siap.

Untuk lebih maklumat, tonton video di bawah.

@tyrahh22

disebab kan pkp nie jpj , pej pos smua tutup untuk renew lesen . nah tyra share tips renew melalui online saja 😘 #fypp #fyppppp #renewlesen

♬ original sound – tyrahhh 💕 – tyrahhh 💕

 

Sumber: Tyrah22

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.