Siakap Keli

U Mobile Mobile Legends Campus Championship Musim Ke-3 Memperkenalkan Anugerah Universiti Terbaik dan Memahkotakan Juara Zon Tengah & Selatan!

Permulaan baik dengan sambutan yang memberangsangkan bagi Mobile Legends Campus Championship Musim Ke-3, dibawa khas oleh U Mobile. Slot kejohanan bagi Zon Tengah (Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) berjaya dipenuhi hanya beberapa hari selepas pendaftaran dibuka! Kejohanan yang ditunggu-tunggu pada tahun ini, UMMLCC Musim ke-3 ini adalah kesinambungan daripada dua musim yang berjaya diadakan sejak tahun 2019. Kejohanan ini diadakan khas untuk pelajar universiti bagi mengasah bakat,  mengembangkan kemahiran dan minat mereka dalam arena eSukan.

Setakat pada hari ini, sebanyak 177 pasukan dari 75 universiti telah mengesahkan penyertaan dengan pendaftaran masih dibuka bagi 9 Negeri, dan 4 zon Sekolah Menengah. Peminat bakal disajikan dengan perlawanan hebat sepanjang kejohanan ini berlangsung setelah mendapat sambutan yang menggalakkan bagi Zon Tengah dan Selatan.

Pada musim ini, kejohanan diselaraskan semula dengan mengkategorikan Kampus dan Sekolah Menengah di bawah zon di mana Zon Tengah menjadi zon yang pertama bermain, diikuti oleh Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Setelah mengakhiri kejohanan Zon Tengah dan Zon Selatan yang penuh dengan aksi menarik, U Mobile ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang Zon Tengah, pasukan XTINCT, Juara negeri Selangor, dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pasukan ASTRAZANECA, Juara Wilayah Persekutuan, dari UiTM Kampus Selayang, dengan membawa pulang RM1,350 dan 600 berlian masing-masing. Pasukan RUSUH, dari Politeknik Sultan Idris Shah Selangor, dan pasukan INCOGNITO dari Universiti Teknologi Malaysia KL berjaya mendapat tempat kedua, masing-masing akan menerima RM650 ditambah 450 berlian. Bagi Zon Selatan, teriakan hebat untuk pasukan TFK Limit dari UiTM Rembau sebagai Juara Negeri Sembilan dan pasukan tempat kedua berjaya disandang oleh pasukan Skadoosh dari Politeknik Port Dickson. Juara Melaka pula dinobatkan kepada pasukan UTEM H dari Universiti Teknikal Malaysia dan tempat kedua pasukan UTEM A dari universiti yang sama, manakala Juara Johor adalah Don’t Forget Joki dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan tempat kedua PIS Pride X AG Tech dari Politeknik Ibrahim Sultan.

Semua pasukan berjuang dengan daya saing yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung selama 58 jam, pengulas Ikuto dan Adeen menyatakan “pasukan-pasukan ini layak dinobatkan sebagai juara”. Semua Juara Negeri telah mendapat tempat untuk Kejuaraan Nasional manakala pasukan yang mendapat tempat kedua akan bertanding sekali lagi melalui kejohanan Wildcard, memberi mereka peluang kedua untuk mendapatkan slot di Kejuaraan Nasional.

Memperkenalkan Anugerah Universiti Terbaik (U Mobile University Awards) 2021

Bersempena UMMLCC Musim ke-3, U Mobile dengan julung kalinya telah melancarkan program unik iaitu ‘U Mobile University Awards 2021’, di mana kakitangan dan pensyarah untuk universiti yang mengambil bahagian di UMMLCC, boleh turut sertai dalam usaha untuk merapatkan komuniti antara kampus melalui acara ini.

U Mobile, penganjur utama UMMLCC Musim ke-3, menyokong penuh inisiatif ini. “Program ini dirancang untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada Universiti dan kakitangan di kampus yang turut membantu mempromosikan kejohanan ini dan memberi sokongan kepada pelajar mereka semasa bertanding untuk memenangi kejohanan tersebut bagi pihak Universiti. Kami berharap pihak Universiti akan berasa teruja dalam meraih penghargaan UUA yang bertujuan memberi penghargaan kepada Universiti dalam menyokong pelajar mereka,” kata Mimi Wong, Pengurus Kanan Segmen Pemasaran. Program ini akan berlangsung daripada Mei sehingga November 2021.

Program UUA ini mempunyai 2 kategori, iaitu Universiti Penyokong Terbaik dan Penyokong Pegawai Terbaik. Satu universiti dari setiap zon akan berpeluang untuk memenangi kategori tersebut.

Kategori 1 – Universiti Penyokong Terbaik (5 Pemenang)

Johan X 1: Hadiah Wang Tunai RM2,300, Baucar Membeli-belah RM500 & 1 X Viewsonic Skrin Monitor bernilai RM1,200

Naib Johan X 4 : Hadiah Wang Tunai RM2,000 & Baucar Membeli-belah RM500

Kategori 2 – Penyokong Pegawai Terbaik

Pemenang X 5: Baucar Membeli-belah RM200

Sebahagian daripada kriteria penilaian, universiti yang mengambil bahagian harus memenuhi 3 langkah mudah berikut:

  1. Kongsi dan hantarkan poster kempen UMMLCC Musim Ke-3 melalui media sosial universiti untuk menarik perhatian ramai lagi penyertaan di kalangan pelajar kampus masing-masing
  2. Setiap universiti yang mengambil bahagian akan diberi kod kempen yang unik sebagai proses pengesahan, untuk mendorong pelajar mendaftar aplikasi e-wallet ‘GoPayz’, bagi menggalakkan mereka menerapkan gaya hidup digital
  3. Menggalakkan pelajar mereka untuk menyokong pasukan kegemaran dengan menonton perlawanan siaran langsung dan hashtag #namakampus di ruang komen

Kampus yang mempunyai jumlah muat turun aplikasi GoPayz dan penyokong tertinggi yang menonton pertandingan siaran langsung, berpeluang dengan lebih besar untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan.

Jumlah hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM15,000 yang merangkumi baucar membeli-belah dan akan diberikan kepada para pemenang Universiti yang mengambil bahagian. Semua pemenang akan diberi sijil penghargaan & plak. Hadiah akan diberikan berdasarkan peringkat zon iaitu zon Tengah, Selatan, Utara, Pantai Timur dan Malaysia Timur dengan 1 pemenang setiap zon.

(Bagi Universiti yang berminat, sila kunjungi U Mobile MLCC Facebook atau hubungi 012-913 2429 untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut)

Bersempena program ini, U Mobile juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam arena eSukan mereka ke tahap seterusnya dengan menyertai bengkel Masterclass eSport. Bengkel-bengkel ini akan dikendalikan oleh pengulas selebriti seperti Ikuto dan Karakuri, dan peminat disarankan untuk mendaftar segera kerana slot adalah terhad. Pendaftaran adalah percuma kepada semua pelajar universiti seluruh Malaysia. (Borang Pendaftaran) Pengguna U Mobile akan diberikan hadiah khas setelah berjaya mendaftar untuk slot tersebut.

Peringkat awal kejohanan telah pun berlangsung dengan sambutan yang menggalakkan, jangkaan akan lebih meriah ketika UMMLCC Musim Ke-3 menuju ke Utara diikuti oleh Pantai Timur dan seterusnya Malaysia Timur.

Untuk mengetahui maklumat terkini, jangan lupa untuk ikuti kejohanan secara langsung di Laman Facebook U Mobile MLCC.

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.