Siakap Keli
Foto: Nani Idayu

(Video) “Projek Mak Mak”, Hias Sendiri Bilik Anak, Guna Kotak-Kotak Terpakai Je, Tapi Hasilnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Merialisasikan bilik impian anak sering menjadi ‘agenda’ ibu dan ayah untuk memastikan anak-anak selesa dan seronok ketika berada di dalam bilik mereka.

Bertuah sebenarnya mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai idea kreatif ini. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nani Idayu ini tentang dia dan anak-anak bertungkus lumus menghias bilik anaknya dengan hanya menggunakan kotak sahaja.

Menarik bukan? Jom kita lihat cara pembikinan aiskrim ‘lampu’ ala-ala bilik gaming. Silap-silap nanti, korang pun boleh buat sendiri seperti ibu ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, nak kongsi diy lampu bilik anak-anak guna kotak, projek mak mak, bajet murah ja just kena ada kotak, led strip light dan lampu liplap MR Diy, detail pada setiap gambaq naaaaa…, untuk faktor keselamatan anak dah tidur saya tutup lampu, bukak kejap ja.

Ok ni contoh kalau menyala kt katil depa, kalau malam lagi feel ala-ala bilik gaming sikit.

Ni satu lagi contoh katil sebelah katil tadi, lampu sundae ice cream.

Bahan utama wajib ada kotak yang keras dan tebai, bagi kukuh.

Setelah dilukis kena potong, saya guna cutter biasa tapi kena betul-betul sharp, buat base 2 keping sebab permukaan besar kena bagi tebal, lepastu letak tulang sikit bagi gap antara lampu dengan dinding, saya guna glue gun untuk gam board.

Depan kita tambah board ice cream cair dan kena gigit bagi nampak sedap.

Ni comot sikit sebab guna pakai lampu led strip light yang lama kat rumah ni, kalau nak beli boleh cari di Shopee. Macam-macam size ada, guna yang pendek ja, lekat keliling belakang board tau.

Lepastu colorkan, saya guna poster color tu ja yang ada, campur jugak dengan foam sheet warna warni. Model tu umur 8 tahun sama besar dengan ice cream tu.

Tada..Dah siap boleh gantung.

Seterusnya anak mintak tambah lampu aiskrim haha umi layan ja, sama jugak macam tadi base 2 keping potong dan gamkan dengan glue gun.

Lepastu masukkan lampu dari MR Diy ni, tebuk lubang dulu dan masukkan, gam bulb lampu tu dikedudukannya.

Warnakan lampu guna buncho ja apa yang ada di rumah, dari bahagian depan ginila kejadian lampu tu.

Ok dah siap boleh gntung, jangan ditanya rainbow beli mana, saya diy jugak yang tu hehe…

https://www.facebook.com/1348564873/videos/pcb.546000296540581/288940366155345

 

Sumber: Nani Idayu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.