Siakap Keli

Ini Cara Nak Muat Turun Sijil Pelepasan Vaksin Covid-19 Dari Laman Web NPRA

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti mana yang kita tahu, individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan sijil vaksinasi secara digital melalui aplikasi MySejahtera serta lencana imunisasi kan.

Namun, mesti masih yang ramai di antara kita yang belum tahu cara untuk dapatkan sijil digital tersebut kan? Lepas korang lihat langkah mudah di bawah, korang mesti nak ‘try’ kan.

Jadi, hari ini SK ingin kongsikan dengan korang semua cara untuk dapatkan sijil vaksinasi hanya melalui laman NPRA. Perkongsian menarik ini daripada salah seorang penerima vaksin jenis Pfizer-BioNtech, Syarifatunnujumilhuda yang berkongsi perkara ini menerusi ruang ‘Insta-Story’ miliknya.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda buat. 

1. Pergi ke Mysejahtera, klik bahagian profile.

2. Lihat nombor ‘batch’ yang tertera di aplikasi tersebut.

3. Semak nombor ‘batch’ di laman NPRA (KLIK DISINI)

4. Bila keluar senarai ‘batch’, klik pada nombor anda dan perlu muat turun sijil tersebut. Siap!

Ini adalah link untuk laman NPRA. Klik Di Sini

 

Sumber: Instagram Caca_Acemar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.