Siakap Keli

“Jangan Terus Panik,” Jika Bibir Bayi Baru Lahir Kelihatan Sedikit Membengkak Dan Bergelembung, Ini Nasihat Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai seorang ibu bapa, pasti korang akan rasa risau jika berlaku sesuatu kepada anak kecil yang baru lahir kan? Tidak dinafikan, pasti ramai yang gelisah apabila anak mereka yang baru lahir mengalami beberapa masalah seperti ini.

Ya, pasti anda pernah terlihat gelembung di bibir bayi yang baru lahir ini. Korang jangan risau, sebenarnya gelembong ini berlaku secara semulajadi dan ia akan hilang serta tidak memberi kesan kepada bayi korang.

Perkongsian menarik kali ini daripada seorang doktor pergigian yang dikenali sebagai Mohd Khairul Izwan berkongsi kenapa perkara ini berlaku dan apa tindakan yang perlu dibuat oleh ibu bapa terutamanya bagi mereka yang pertama kali mendapat cahaya mata.

“Jangan terus panik ya…”

Bagi anda yang baru menimang cahaya mata, sekiranya anda terlihat bibir bayi comel anda kelihatan sedikit membengkak dan bergelembung seperti dalam gambar di bawah, jangan terus panik ya.

Walaupun gelembung atau “blister” ini kelihatan mengerikan, tetapi sebenarnya ia adalah normal dan tidak berbahaya sama sekali.

Gelembung ini biasanya berwarna sedikit pucat dan sering terjadi di bahagian tengah bibir, mengandungi cecair serta tidak sakit.

Keadaan ini disebut sebagai “suction pads” ataupun “sucking calluses”.
Ianya boleh terjadi kepada mana-mana bayi, dan merupakan suatu keadaan normal yang berlaku akibat daripada proses adaptasi terhadap bibir bayi yang baru belajar menyusu.

“Secara ringkas, gelembung ini terjadi disebabkan adanya geseran (friction) yang berlaku pada bahagian bibir bayi secara terus-menerus ketika sedang menyusu badan (breastfeeding).”

Bagi bayi yang tidak menyusu badan juga masih boleh mengalami gelembung ini melalui geseran yang timbul terhadap bibir ketika bottle-feeding.

Suction pads ini tidak memerlukan sebarang rawatan kerana biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala kesakitan atau ketidakselesaan terhadap bayi.

Malah, keadaan ini juga biasanya akan sembuh dan beransur-ansur hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu.

Walaubagaimanapun, jika bayi anda mengalami sebarang gejala ketidakselesaan atau kesukaran untuk menyusu, segeralah bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran ya.

Semoga bermanfaat!
Dr Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.

 

Sumber: Mohd Khairul Izwan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang