Siakap Keli

“Kemas Hasil Tangannya…”, Lima Tahun Jadi Penggali Kubur, Naluri Abang Ni Dapat Rasa Macam Ada Yang Nak ‘Pergi’ Bila Tenung Cangkul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang sering melayari Facebook, korang pasti akan tahu mengenai kewujudan group Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsikan hasil kerja bertukang masing-masing.

Pun begitu, perkongsian seorang lelaki di dalam group itu baru-baru ini berbeza daripada ahli yang lain kerana dia menunjukkan hasil ‘bertukang’ di dalam liang lahad.

Menerusi perkongsiannya, MrBoyb Nordin mengatakan bahawa dia tidak pandai menukang rumah tetapi tahu untuk mengali kubur. Sehingga kini perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 13 ribu tanda suka dan 613 perkongsian.

Mari kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Assalamualaikum, Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam. Saya tak pandai tukang rumah. Saya cuma pndai tukang ni je.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org-orang yang beriman.
Al fatihah

Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kg Felda Air tawar2 kota tinggi Johor.

Dah lima tahun jadi penggali kubur

Dihubungi SK, MrBoyb mengatakan bahawa sudah lima tahun dia melakukan kerja itu di Kampung Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

Menurutnya, dia mengambil masa selama hampir tiga jam untuk menyiapkan satu liang lahad.

Bila ditanya mengenai pengalamannya semasa bekerja sebagai penggali kubur, MrBoyb mengatakan bahawa dia sudah lali menghadapi pelbagai perkara yang tidak terjangka.

“Kalau nak ceritakan pengalaman tu ada juga la, kebanyakannya berkenaan kubur sebelah.

“Biasa akan keluar bau jika ada saluran air atau akar dari kubur sebelah, tapi saya dah lali dah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga sudah menurunkan bermacam-macam jenazah ke liang lahad sama ada meninggal dunia disebabkan kemalangan, sakit berjangkit atau yang positif COVID-19.

Terkadang, naluri dia juga dapat merasakan seperti ada orang yang akan meninggal dunia.

“Macam posting saya ni, saya dapat rasa seperti ada orang nak pergi (meninggal dunia), saya jarang tengok cangkul tetapi semalam saya tenung je cangkul tu.

“Sempat jugak la malam tu saya berlawak dengan kawan, ada dengar-dengar orang nazak tak? Tapi dorang takde dengar pulak, rupanya arwah duduk luar tapi kebumikan kat kampung,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi yang positif dari warganet serta ada juga yang mendoakannya diberikan ganjaran kebaikan di atas kerja yang dilakukannya itu.

Tidak kurang juga, ada yang memuji hasil tangannya yang sangat kemas dan teliti.

 

Sumber: MrBoyb Nordin

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.