Siakap Keli
Gambar Via Twitter

Lebih 1000 Kubur Tak Bertanda, Dipercayai Milik Kanak-kanak Kaum Pribumi Ditemui Di Tapak Sekolah Lama & Pusat Pelindungan Di Kanada

Pihak polis di Kanada dilaporkan kini sedang menjalankan siasatan setelah tugu Paus John Paul II ditemui dengan kesan cap tapak tangan dan kaki.

Menurut Unilad.co, ia didakwa berlaku berikutan daripada penemuan 215 mayat kanak-kanak orang asli di perkarangan lama Sekolah Kediaman India Kamloops di British Columbia bulan lalu serta yang terbaru seramai 751 orang di Sekolah Kediaman Saskatchewan.

Penemuan mayat-mayat itu didakwa menjadi punca perbuatan vandalisme pada tugu yang terletak di Gereja Katolik Holy Rosary di Edmonton, Kanada.

Cap tangan berwarna merah itu ditemui oleh orang ramai yang hari ke gereja itu pada pagi Ahad yang lalu.

Polis yang menyiasat kejadian itu mengatakan bahawa seorang suspek wanita dilihat merosakkan patung itu sekitar jam 11.00 malam waktu tempatan.

Kejadian yang seakan sama juga pernah berlaku di St. Paul’s Co-Cathedral di Saskatoon pada minggu lalu dengan tulisan ‘kami kanak-kanak’ dicat pada pintu.

Mengimbas kembali penemuan semua mayat pada bulan lalu itu, sebuah tanah perkuburan telah ‘dibongkar’. Gereja Katolik dilaporkan telah mengendalikan sekolah itu dan merupakan salah satu daripada beberapa institusi yang menjadi tempat ‘perlindungan’ kanak-kanak orang asli itu.

Masa dan punca kematian semua kanak-kanak itu tidak diketahui kerana kematian mereka tidak pernah didokumentasikan

Sumber: Unilad (1),(2)

Sofea

There's always another side to every story