Siakap Keli
LIMA ‘25 Industri
Kredit: Bernama

LIMA ‘25 Pada 20-24 Mei 2025, Ketengah Kepentingan Pemain Industri

LIMA ‘25 Pada 20-24 Mei 2025, Ketengah Kepentingan Pemain Industri

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan, dengan mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA ‘25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.

“Pameran yang memasuki edisi ke-17 itu, telah mendapat sambutan awal yang menggalakkan oleh syarikat dari dalam dan luar negara, walaupun LIMA 2025 baru sahaja dilancarkan hari ini.

“Ia membuktikan bahawa pameran LIMA ialah sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri aeorangkasa dan maritim,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran LIMA ‘25 di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

LIMA ‘25 merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan (Mindef) dengan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC).

Dalam memastikan kejayaan penganjuran LIMA ‘25, Adly berkata GEC telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama Arabian World Events, QUBE Integrated Malaysia Sdn Bhd, SHP Media Sdn Bhd, Curio Pack Sdn Bhd, Malaysian Aerospace Industry Association (MAIA) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT).

“GEC masih berterusan berbincang bersama dengan rakan strategik lain, yang berpotensi untuk membawa LIMA’ 25 ke tahap yang mampu memberikan impak positif kepada negara dan juga industri,” katanya.

Adly berkata LIMA ‘25, akan mengetengahkan beberapa segmen baru bagi menarik lebih banyak penyertaan daripada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana, untuk menjadi sebahagian daripada pameran terbabit bagi kedua-dua segmen aeroangkasa dan maritim.

“Kita menggalakkan penyertaan daripada institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta yang memiliki kepakaran industri aeroangkasa dan maritim, untuk menyertai LIMA 2025.

“Ini merupakan hasrat dan inisiatif daripada Mindef, untuk menjadikan LIMA sebagai sebuah pusat perkembangan industri dan pembangunan sumber manusia,” katanya.

BACA: Tawar Gaji RM5,000, Pembuat Roti Canai Dicari Di Singapura

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma