Siakap Keli

Tak Masuk Akal, Ini ‘Lubuk’ Pasang Aircond Murah, Cuma RM99 Je

Semua sedia maklum, cuaca di Malaysia ini boleh dikatakan panas dan berhaba sepanjang masa. Adakalanya, walaupun hujan baru sahaja turun, ruang dalam rumah masih terasa panasnya.

Apabila rumah terasa panas, memang tidak selesa la penghuni di dalamnya. Lebih-lebih lagi kalau korang ada anak kecil, pasti anak akan cepat merengek atau susah nak bertenang.

Itu belum kira waktu malam yang sepatutnya adalah ruang untuk kita berehat. Gelisah dibuatnya atas tilam apabila tidur dalam keadaan panas. Sekadar berbaring tak buat apa-apa pun badan boleh berpeluh.

Jadi, situasi-situasi yang berlaku di atas itu menguatkan lagi alasan mengapa setiap rumah di Malaysia ini perlu ada penyaman udara.

Penyaman udara bukan sekadar kehendak lagi, sebaliknya boleh menjadi satu keperluan yang mustahak dalam keadaan-keadaan tertentu.

Sama seperti perabot yang menaikkan seri rumah, pemasangan penyaman udara juga sebenarnya adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap ketua keluarga.

Begitupun, nak pasang penyaman udara ini sebenarnya menelan kos yang tinggi. Bergantung kepada kawasan, jenis, saiz serta kuasa kuda penyaman udara, kos pemasangan boleh bermula dari RM250 sehingga melebihi RM650.

Memang sakit kepada la kalau nak keluar duit sedebuk macam ni, kan?

Eh, jangan risau. Bukan semua kos pemasangan penyaman udara boleh cecah 3 atau 4 angka. Kena pandai cari lubuk, untung-untung korang boleh jumpa tempat yang menawarkan kos pemasangan tak sampai RM100 pun.

Itulah yang kami nak kongsikan kali ini. Tahu tak korang, sebenarnya ada pihak yang buat tawaran istimewa kos pemasangan penyaman udara cuma RM99 je tau.

Ye betul, RM99. Korang memang tak salah baca. Percayalah dengan mata sendiri.

Jadi, kat mana tu? Tawaran super special ini sebenarnya dibawakan khas oleh COURTS Malaysia sempena Kempen Jualan Tendangan Padu tau.

Kempen ini bermula pada 25 April hingga 5 Jun ini di cawangan COURTS seluruh Malaysia.

Korang datang je dekat mana-mana cawangan COURTS dan sertai kempen Jualan Tendangan Padu ini.

Bukan setakat tawaran pemasangan penyaman udara RM99, sebenarnya ada banyak lagi tawaran-tawaran lain menanti korang.

Sempena kempen ini juga, korang boleh beli perabot-perabot pameran dengan potongan harga hingga 50 peratus.

Memang padu sungguh semua harga perabot-perabot yang dijual sepanjang kempen jualan ini. Korang boleh rujuk sendiri infografik yang kami sertakan dalam artikel ini.

Banyak lagi tawaran menarik menerusi Jualan Tendangan Padu ini. Kami senaraikan dibawah:

  • Percuma 3 bulan Astro pek (eksklusif di Courts)
  • Percuma Wall Bracket dan kabel HDMI
  • Berpeluang untuk miliki Hisense Laser TV 100inci bernilai RM21,999

Korang juga boleh membeli pelbagai produk lain pada harga potongan yang sangat lumayan iaitu pemotongan sehingga 30 peratus dengan pembayaran melalui EZ payment.

Misalnya mesin basuh jenis front load berjenama Midea yang dijual pada harga RM1,499 kini ditawarkan pada harga RM999 sahaja.

Selain itu, tv pintar, LG UHD SMART TV 65” with AI ThinQ berharga RM4,899 pula ditawarkan pada harga ahli RM2,849. Anda juga boleh mendapatkan set sofa L Shape yang berharga RM1,999 pada harga RM1,399.

Ada banyak lagi tawaran-tawaran menarik dan potongan harga tak masuk akal yang korang boleh dapatkan apabila berkunjung ke COURTS sepanjang 25 April hingga 5 Jun ini. Jangan tangguh-tangguh okay.

penyaman udara 99

Buat korang yang menetap di Johor pula, ada satu lagi tawaran menarik yang sedang menanti.

Sempena pembukaan cawangan baharu di Mydin Mutiara Rini di Skudai, COURTS menawarkan potongan harga untuk pelbagai produknya bermula 27 April hingga 15 Mei ini.

penyaman udara 99

Selain potongan luar biasa, korang juga memiliki produk-produk tertentu pada harga separuh daripada harga asal.

COURTS juga menawarkan PWP untuk produk tertentu pada harga RM1 sahaja. Setiap pembelian yang dibuat, korang turut berpeluang untuk memenangi baucar melancong bernilai sehingga RM3,000.

penyaman udara 99

Fuhhhh, bukan biasa-biasa geng tawaran COURTS kali ini. Jadi apa tunggu lagi, set siap-siap masa korang okay.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Facebook dan Instagram COURTS.

*Tertakluk terma & syarat.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.