Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pesawat Bawa 28 Penumpang Yang Hilang Terhempas Di Perairan Russia, Semua Maut Termasuk Beberapa Kenamaan

Pesawat Antonov An-26 yang membawa seramai 22 penumpang serta enam (6) kru pesawat dilapor hilang ketika menuju ke Semenanjung Kamchatka sebelum ini, dikesan terhempas di Laut Okhotsk, perairan timur Russia.

Menteri Kecemasan Russia berkata, pesawat tersebut berjaya ditemui setelah isyarat radio dari suar kecemasan dikesan ketika misi mencari dan menyelamat dijalankan.

Difahamkan, pada awalnya pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Petropavlovsk-Kamchatsky sekitar pukul 1 tengah hari pada Selasa.

Bagaimanapun ketika bersedia untuk mendarat di Palana, utara Kamchatka, hubungan radio terputus dari menara kawalan trafik kira-kira 3 petang berikutnya sebelum hilang kawalan dan terhempas di perairan itu.

Sumber: Daily Mail

Memetik laporan Metro, sumber rasmi dari agensi berita Rusia telah mengesahkan bahawa kesemua 22 penumpang dan enam (6) anak kapal meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Beberapa pegawai kanan di Palana dikatakan berada di dalam penerbangan, termasuk Ketua Pentadbiran Olga Mokhireva, 42, Ketua Bahagian Mobilisasi, Alexander Andreikin, dan isterinya Olga Andreikina, yang mengetuai Jabatan Kewangan selain juruterbang bernama Dmitry Nikiforov dan pembantu juruterbang Alexander Anisimov, 27.

Gambar: france24.com

Sebanyak dua helikopter, sebuah kapal terbang serta kapal pencarian dikerahkan ke sekitar perairan tersebut sebelum berjaya menemui lokasi nahas pesawat tersebut.

Punca utama masalah masih belum dikenal pasti, namun Jabatan Meteorologi Russia mengesahkan cuaca ketika itu didapati mendung dan angin juga bergerak pada kelajuan biasa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin telah memerintahkan sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan untuk mengetahui apa yang telah terjadi pada pesawat itu.

Untuk rekod, pesawat buatan Kamchatka Aviation Enterprise itu dibuat pada 1982 dan disahkan memiliki sijil keselamatan penerbangan.

Sumber: Daily Mail / REUTERS / SCMP / Metro UK

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.