Umum sedia maklum yang negara kini sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka, para pelajar juga perlu menjalani proses pembelajaran secara atas talian untuk mengelakkan kontak antara satu sama lain.
Berikutan tempoh PKP ini, fasiliti seperti makmal komputer di institusi pendidikan tidak dibuka untuk kegunaan pelajar. Bagi sesetengah pelajar, mereka perlu menggunakan perisian atau software tertentu untuk pembelajaran yang selalunya disediakan secara percuma oleh pihak institusi pengajian di makmal komputer.
Oleh kerana tempoh PKP dilanjutkan dan fasiliti tersebut belum dibenarkan beroperasi untuk pelajar, maka pelajar perlu install sendiri perisian untuk kegunaan pembelajaran di komputer peribadi masing-masing.
Bagi pelajar yang perlu akses kepada perisian Adobe, video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @mmumalaysia ini mungkin dapat membantu anda. Video ini menunjukkan cara untuk memuat turun perisian Adobe secara percuma untuk pelajar.
Video ini mendapat 89.4 ribu tontonan dan 11.2 ribu sukaan setakat ini.
@mmumalaysia Nak Adobe secara percuma & selamat? Ada cara dia. 😉#fyp #unihacks #mmumalaysia #mmuisyou #mmuplusyou
Sumber: TikTok @mmumalaysia