Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kejadian di mana satu kebakaran besar berlaku di perairan Teluk Mexico dekat Semenanjung Yucata selepas paip gas bawah laut bocor dan menyebabkan api merebak ke permukaan laut.
Sejujurnya, mesti korang terfikir bagaimana cara untuk memadamkan api yang besar ini. Setahu kita, air dan minyak tidak boleh bersatu. Rupanya, ada cara untuk memadamkan kebakaran tersebut dan punca ianya berlaku.
Penjelasan ‘padu’ daripada salah seorang pekerja berpengalaman dalam bidang Oil and Gas ini beri pandangan dan penjelasan tentang kejadian ini berlaku dan apakah cara untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Jom ikut penjelasan daripada, Mas Faiz Hakim menerusi laman Twitternya.
Sorry lambat. Saya cuba terangkan dari sudut laut, geo-petrochem dan macam mana boleh terbakar dan padam.
Ni ialah kebocoran pipeline system dari salah satu pelantar minyak Pemex (Petroleos Mexicanos) iaitu Ku Maloob Zaap, sedalam 100m laut.
Pemex ni macam Petronas.
1. Struktur laut
Secara asasnya, laut ada banyak bahagian. Tapi saya nak sentuh dua ja iaitu, shallow-water dan deep-water region.
Bawah kerak bumi, ada minyak mentah (crude oil) dan gas asli (natural gas) hasil daripada mendapan hidupan organik bertahun.
Tapi shallow-water region, depa install pipeline system sebab dekat dengan on-shore. Depa drill, extract dan transport minyak melalui pipeline di dasar laut.
Ni ilustrasi Ku Maloob Zaap, menggunakan pipeline system sebab dekat dengan darat, sejauh 105km dari Tobasco, Mexico.
Depa hantar orang untuk masuk dalam laut dalam pasang pipeline ni. Ni antara kerja paling hardcore.
Housemate saya kerja as CMMS engineer untuk navigate dan monitor safety kapal kapal FPSO ni, tapi bukan under Pemex.
As time pass by, daily maintenance is required. Sebab di dasar laut, tekanan air tinggi, air lebih sejuk (4 celcius) dan lebih tumpat. Pipeline lebih senang karat dan antara faktor boleh bocor.
Yang senang bocor ialah natural gas. Sebab dia ialah low molecular weight compounds.
Antara komponen Volatile Organic Compound (VOC) dalam natural gas ialah methane dan ethane.
Bawah laut, tekanan tinggi. Bila bocor, akan ada geseran. Geseran hasilkan haba. Haba akan nyalakan api. Sekali terbakar, dia akan hasilkan chain reaction. Api dia besar dan unstoppable.
2. Boleh ka api nyala dalam air.
Jawapan dia tak boleh.
Tapi natural gas tu akan naik atas ke permukaan laut sebab dia gas, kurang tumpat. Haba dari bawah akan radiate ke minyak di permukaan laut dan ignite api.
Sebab tu boleh terjadinya api atas laut. Tak boleh padam api yang terjadi akibat pembakaran minyak. Sebab minyak akan terapung atas air. Bila siram air banyak mana sekalipun, air akan turun bawah minyak.
Kebakaran minyak ialah kebakaran paling bahaya sebab lawan dia bukan air.
Cara untuk padam api atas laut ialah guna liquid nitrogen, sejenis Cryogenic molecule.
Cryogenic bermaksud mempunyai freezing point yang sangat rendah.
Freezing point Nitrogen, N2 ialah -210 celcius. Sejuk gila. Dia akan bekukan almost semua material.
Yang depa sembur ni liquid Nitrogen. Dia akan bekukan terus api below ignition point of methane. Ambik masa 5 jam jugak la.
Kapal yang hujung kiri tu bukan tak function, tapi dia elak api dari merebak. Ni nama dia heat radius control. By the way, tu bukan kapal malaysia.
Harga 1 tong nitrogen ialah RM40,000. Bayangkan berapa ton depa pakai.
Boss Pemex, Patron Octavio Romero cakap ni insiden teknikal dan banyak faktor lain yang terlibat contohnya earth tectonic shift and tidal wave.
Haa tu la cerita dia. Boleh save dan baca thread ni sebelum tidur. Sebab dia macam dalam movie Deep Water Horizon. Akhir sekali, semoga Petronas terus maju dan dielakkan dari insiden sebegini.
I’m just a person in the field of organic chemistry, involved in consultation work with some oil and gas company. Nothing much.
Sumber: Mas Faiz Hakim