Siakap Keli
Gambar Via Google

‘Bawang Merah’ Nia Ramadhani & Suami Dilapor Ditahan Polis, Terkait Penyalahgunaan Dadah

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Menurut CNN Indonesia, maklumat penangkapan tersebut telah disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Yusri Yunus.

“Saya mengesahkan NR dan AB sedang ditahan di balai polis Jakarta Pusat,” katanya kepada wartawan ketika disoal mengenai kebenaran penangkapan Nia dan Ardi.

Pun begitu, perincian mengenai kes tersebut masih lagi tidak diketahui termasuk bukti penemuan dadah dan kronologi penangkapan.

Ia dikatakan akan dijelaskan menerusi satu sidang media yang akan diadakan pada petang ini.

Sementara itu, penangkapan tersebut benar-benar mengejut netizen di Indonesia sehingga nama Nia Ramadhani menjadi trending di Twitter.

Sumber: CNN Indonesia

Sofea

There's always another side to every story