Siakap Keli

Bolehkah Batal Atau Pinda Amaun i-Citra Selepas Buat Permohonan, Ini Jawapan KWSP

Bermula 15 Julai ini, orang ramai boleh membuat permohonan i-Citra yang membenarkan amaun pengeluaran sehingga RM5,000. Bagaimanapun, jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki akaun pemohon di mana minimum baki adalah RM150 bagi akaun tersebut.

Selain itu, menurut kemaskini KWSP, pemindaan amaun pengeluaran adalah tidak boleh dibuat selepas permohonan dilakukan.

Sebaliknya, pemohon boleh membatalkan permohonan setelah mendapat kelulusan namun tidak dibenarkan untuk membuat permohonan semula.

Sumber: KWSP

Amira

Love yourself.