Siakap Keli
Gambar: Metro

Ibu Selamat Lahirkan Bayi Besar Seberat 5KG, Menyamai Sebiji Bola Bowling

Seorang ibu di Britain mencatat ‘rekod’ tersendiri apabila berjaya melahirkan bayi seberat lima kilogram iaitu menyamai berat sebiji bola bowling. Bayi tersebut dilaporkan menjadi salah salah satu bayi terbesar pernah dilahirkan di negara itu dalam tempoh 20 tahun.

Jade Bayer, 33, melahirkan anaknya yang dinamakan sebagai Ronny-Jay Fewtrell secara ceasar pada awal pagi di Worcestershire Royal Hospital baru-baru ini.

Ketika dalam tempoh mengandungkan Ronny, Jade mendapati perutnya terlalu besar, malah jauh lebih besar berbanding mengandungkan dua anak kembarnya sembilan tahun lalu.

Gambar: Metro

“Semasa Ronny dilahirkan, kami meminta pihak doktor untuk memeriksa betul-betul beratnya kerana mencapai sehingga 5,000 gram dan kami tak tahu macam mana boleh jadi begitu.

“Ketika itu doktor dan bidan juga agak terkejut kerana tidak menyangka bayi kami mampu seberat itu. Salah seorang daripada mereka berkata, Ronny adalah bayi terberat pernah ditimbang mereka.

“Malah bidan juga turut tertawa kerana melihat tali pusat Ronny yang besar itu seakan-akan tali penunda (towing). Saiz badannya menyamai bayi berusia empat bulan,” katanya, memetik laporan Metro.

Gambar: Metro

Disebabkan saiz badannya yang berbeza, Jade perlu memberi susu badan serta makanan kepada anaknya itu dengan kuantiti yang lebih banyak.

Imbas kembali, ketiga-tiga anak Jade sebelum ini iaitu Analise, 14, serta kembar, Vinny dan Shilo, 9, dilahirkan dengan berat yang normal seperti bayi biasa.

Ketiga-tiga mereka pula dilahirkan secara normal, malah Jade bersama suaminya, Scott Fewtrell, 29, telah membuat keputusan bahawa Ronny mungkin menjadi zuriat yang terakhir dilahirkan.

Sumber: Metro

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.