Makanan jenis sejuk beku atau frozen kini semakin mendapat sambutan. Ini kerana, makanan frozen lebih mudah dikendali dari segi penyimpanan dan penyediaan.
Tambahan pulak waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kalau boleh mesti la kita nak simpan stok makanan yang tahan lama. Jadi, produk frozen adalah yang terbaik.
Mungkin korang pernah dengar atau adalah salah seorang peminat setia produk pastri Rotiboy. Kalau dapat makan Rotiboy panas-panas dengan aroma roti baru lepas bakar, fuhh memang layan.
Berita baik untuk pencinta Rotiboy, sekarang Rotiboy dah ada versi frozen tau. Korang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh dapatkan Rotiboy frozen ni di beberapa cawangan terpilih.
Korang boleh bake sendiri Rotiboy frozen ni dengan panduan yang tersedia di laman web Rotiboy. Tinggal letak topping je, dah boleh nikmati Rotiboy korang panas-panas bersama keluarga.
Malas keluar? Nak hantar ke rumah pun boleh. Untuk sesetengah kawasan, Rotiboy sediakan khidmat delivery jugak tau. Boleh klik di sini untuk order.
Sumber: Rotiboy, Facebook Aishah Irene Galibon Jr.